STATUS hubungan di antara penyanyi, Sufian Suhaimi dan pelakon, Elfira Loy kini terus menjadi tanda tanya dalam kalangan netizen apabila pertunangan mereka dikatakan sudah berakhir.
Memetik laporan mStar Online, pasangan itu dikatakan sedang menunggu masa yang sesuai untuk mengumumkan perkara berkenaan.
Pun begitu, usaha untuk mendapatkan kesahihan mengenai menemui kegagalan apabila portal tersebut melaporkan pelantun lagu Terakhir itu meminta ruang dan dan tidak mahu diganggu untuk sementara waktu.

Pengurus Sufian iaitu Mahadhir Mohamad memaklumkan bahawa penyanyi itu turut menukar nombor telefon peribadi atas sebab-sebab tersebut.
“Dia tukar nombor peribadi dan tak mahu diganggu,” jawab Mahadhir ringkas.
Sementara itu, Elfira pula difahamkan kini dikatakan sedang berada di Amerika Syarikat bersama keluarganya.

Status pertunangan Sufian dan Elfira mula menjadi buah mulut netizen apabila tindakan Sufian memuat naik foto kapsyen yang sedih di Instastory, baru-baru ini.
Keadaan itu secara langsung mula membuatkan para peminat beranggapan ia ditujukan kepada Elfira.
Malah, terdapat juga segelintir netizen yang meninggalkan komen di Facebook sebuah portal berita dengan menyatakan hubungan pasangan itu telah berakhir sekitar seminggu lalu.

Namun, perkara ini masih belum dapat dipastikan lagi akan kesahihannya disebabkan tiada sebarang kenyataan lanjut daripada tuan punya badan.
Apapun, sama-samalah kita doakan agar hubungan pasangan ini sentiasa baik-baik sahaja. Insha-Allah. – MYNEWSHUB.CC/AM