• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perluas Segera Tangani Penularan Hadis Palsu

oleh Ahmad Albab
15/02/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Usaha menangani penularan hadis palsu perlu melangkaui pemantauan terhadap bahan bercetak sahaja dengan tumpuan harus turut diberikan terhadap ‘penceramah segera’, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata penerbitan bercetak mudah dipantau kerana ia memerlukan permit dan tertakluk kepada piawaian seperti Nombor Buku Piawai Antarabangsa (ISBN), yang membolehkan ia ditarik daripada pasaran sekiranya wujud elemen yang bertentangan dengan ajaran Islam.

Berucap pada majlis Wacana Kawal Selia Hadis dan Pelancaran Garis Panduan Penulisan dan Penerbitan Teks Hadis Siri Kedua di sini hari ini, Ahmad Zahid menarik perhatian mengenai penyebaran hadis palsu dilakukan ‘penceramah segera’ melalui ceramah di medium seperti YouTube.

“Memang ceramah dia merujuk kepada sumber hukum tetapi tafsirannya berbeza…apatah lagi dia mempunyai pengikut yang ramai dan taksub. Ini boleh mendorong berlakunya amalan yang salah dalam kalangan masyarakat,” katanya.

Sehubungan itu, Ahmad Zahid menggesa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) serta Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran Kementerian Dalam Negeri melihat gejala itu secara dekat dan memperluaskan usaha menanganinya dengan segera.

Ahmad Zahid berkata kedua-dua agensi itu perlu bertindak tegas bagi mengekang penceramah segera daripada terus memesongkan pengikut mereka melalui hadis-hadis palsu yang digunakan semasa berceramah.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata selain pemantauan secara fizikal, Jakim dan Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran bersama Lajnah Tahqiq Sahih perlu menggunakan media sosial bagi menyampaikan garis panduan dengan menyarankan penggunaan tanda pagar #hadissahih.

Timbalan perdana menteri juga mengingatkan penceramah atau tokoh berkenaan bahawa bahan-bahan sumber hukum tidak harus ditafsir dengan tafsiran sendiri yang akhirnya boleh mencetuskan suasana tidak baik dalamkalangan pengikut mereka dan masyarakat umum.

“Apabila hadis palsu diberi tafsiran salah dan dicampur lawak jenaka, daya tarikannya menjadi luar biasa…ia sekali gus merosakkan imej Islam dan memecahkan umat Islam,” katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata soal agama memerlukan penyatuan fikrah semua pihak dan berharap garis panduan yang dilancarkan dapat diterjemah ke dalam bentuk tindakan oleh semua pihak yang berkenaan.

Antaranya ialah Garis Panduan Penulisan dan Penerbitan Teks Hadis yang disediakan Jawatankuasa Penyemakan dan Penilaian Hadis atau Lajnah Tahqiq Hadith dari kalangan tokoh, pakar dan ahli akademik bidang hadis. Iamengandungi kaedah dan tatacara membuat rujukan, menyemak, menilai, memetik dan menulis hadis serta sumbernya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid HamidiHadis palsu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Harga Minyak Cecah Sekitar AS$115.55 Setong – Ahmad Zahid

Harga Minyak Cecah Sekitar AS$115.55 Setong – Ahmad Zahid

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Harga minyak mencecah sekitar AS$115.55 setong, manakala kos subsidi meningkat daripada RM700 juta kepada RM3.2 bilion dalam...

Usah Kongsi Isu Sentuh 3R – TPM Zahid

Usah Kongsi Isu Sentuh 3R – TPM Zahid

05/05/2024
0

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan rakyat supaya mengawal diri daripada menulis atau berkongsi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd