• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, November 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tony Pua Gagal Ketepi Injunksi Sementara PM

oleh AK-47
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua Kiam Wee gagal dalam rayuannya untuk mengetepikan perintah injunksi sementara yang diperoleh oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak terhadapnya (Pua) berhubung klip video yang Perdana Menteri mendakwa berbaur fitnah.

Panel tiga anggota Mahkamah Rayuan yang disidangi oleh Datuk Abang Iskandar Abang Hashim, Puan Sri Zaleha Yusof dan Datuk Yaacob Md Sam dengan sebulat suara menolak rayuan Pua untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan perintah injunksi sementara kepada Najib untuk menghalang Pua daripada mengulangi dakwaan berbaur fitnah itu.

Hakim Yaacob yang menyampaikan penghakiman mahkamah berkata mahkamah mendapati bahawa Najib telah memenuhi syarat yang diperlukan untuk injunksi sementara dibenarkan.

Beliau berkata terdapat bukti bahawa Pua berniat untuk mengulangi kenyataan yang dikatakan berbaur fitnah.

Yaacob juga berkata mahkamah mengambil perhatian kehakiman bahawa Peguam Negara telah membuat keputusan bahawa Najib tidak melakukan apa-apa salahlaku berkaitan 1MDB.

Beliau berkata siasatan juga dijalankan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia, Bank Negara, dan Peguam Negara dan hasil siasatan yang telah diumumkan kepada orang ramai oleh Peguam Negara dan SPRM membersihkan Najib daripada sebarang salahlaku jenayah.

Yaacob berkata hakim Mahkamah Tinggi tidak terkhilaf dari segi undang-undang apabila membenarkan perintah injunksi sementara kepada Najib.

Najib menyaman Pua atas kapasiti peribadi beliau dengan mendakwa bahawa Pua telah membuat kenyataan fitnah ke atasnya melalui klip video bgerkaitan pembentangan Rang Undang-Undang Persendirian untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355.

Perdana Menteri mendakwa klip video yang dimuat naik oleh Pua atau ejen-ejennya menerusi laman rasmi Facebook defendan, berdurasi dua minit dan 21 saat dan bertajuk “BN Govt abandons all Bills to give precedence to PAS RUU355 Private Member’s Bill,” boleh diakses secara meluas dan bebas melalui internet.

Pada 21 April, tahun lepas, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Najib untuk perintah injunksi ex-parte bagi menghalang Pua daripada menerbitkan kenyataan atau kata-kata yang sama.

Pada 26 Jan, tahun ini, mahkamah rayuan menangguhkan keputusan dalam rayuan Pua selepas mendengar hujah daripada para peguam. Mahkamah kemudian menetapkan hari ini untuk menyampaikan keputusan.

Selepas mahkamah menyampaikan keputusan, peguam Datuk Wira Mohd Hafarizam Harun yang mewakili Najib memberitahu pemberita bahawa perbicaraan kes itu telah ditetapkan pada 23 April.

Sementara itu, peguam Gobind Singh Deo yang mewakili Pua berkata beliau akan memfailkan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun RazakTony Pua
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Jika Ada Kekeliruan, Tony Pua, Mat Sabu, Bar Council Patut Tanya PMX’ – Onn Hafiz

‘Jika Ada Kekeliruan, Tony Pua, Mat Sabu, Bar Council Patut Tanya PMX’ – Onn Hafiz

12/11/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menegaskan Tony Pua, Datuk Seri Mohamad Sabu, Majlis Peguam (Bar...

Tony Pua Kurang Senang Najib Kembali Popular, Ulang Siar Video 1MDB Kempen PRU-14 Untuk Ingatkan Rakyat

Tony Pua Kurang Senang Najib Kembali Popular, Ulang Siar Video 1MDB Kempen PRU-14 Untuk Ingatkan Rakyat

03/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua kurang senang dengan perhatian dan populariti yang kembali diterima Datuk Seri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub.

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub.