• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penjawat Awam Didakwa Terima Rasuah RM42,000

oleh Ahmad Albab
14/02/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Seorang pengarah bahagian Kementerian Kerja Raya Pahang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas dakwaan menerima rasuah RM42,000 pada 2013.

Tertuduh Shaiful Azman Taha, 39, mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Dazuki Ali.

Dia yang berkhidmat di bahagian Pusat Khidmat Kontraktor didakwa menerima suapan daripada juruteknik Syarikat NZH Murni Enterprise Hamdan Mat Hasan antara 3 hingga 4 petang, 21 Dis 2013 di rumahnya di Taman Pelindung Jaya di sini.

Suapan berbentuk wang tunai itu didakwa sebagai dorongan kepada tertuduh untuk mengeluarkan Sijil Kontraktor Kerja Taraf Bumiputera kepada syarikat tersebut.

Pendakwaan dikendalikan mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum menerusi Seksyen 24(1) akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksima 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Tertuduh ditahan pada 8 Feb 2017 selepas SPRM menerima aduan pada 26 Jan 2017 .

Pada prosiding itu, peguam Mohd Fauzi Razali merayu mahkamah mengurangkan jaminan RM40,000 yang ditawarkan Timbalan Pendakwa Raya SPRM Mohamad Fadhly Mohd Zamri atas alasan anak guamnya merupakan penanggung tunggal keluarga.

“Tertuduh menanggung seorang isteri, dua anak dan seorang ibu. Tertuduh telah memberikan kerjasama baik kepada SPRM sepanjang siasatan. Tertuduh merupakan penjawat awam dan saya percaya mahkamah boleh memberikan jaminan yang rendah,” katanya.

Dazuki membenarkan tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 28 Feb ini bagi sebutan semula kes untuk penyerahan dokumen.

Tertuduh menjelaskan jaminan itu. – BERNAMA

*Video sekadar hiasan…

Tags: Kes RasuahPenjawat Awam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pejabat Menteri Nafi Mohamad Sabu Galak Penjawat Awam Tanam Ganja Di Rumah

Pejabat Menteri Nafi Mohamad Sabu Galak Penjawat Awam Tanam Ganja Di Rumah

14/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pejabat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menafikan imej palsu di media sosial yang mendakwa Datuk Seri Mohamad...

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan mengumumkan kaedaah pelaksanaan Bekerja Dari Rumah (BDR) secara berperingkat bagi pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan susulan konflik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd