• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PKR Gentar Dakwa UMNO Permatang Pindah Undi Polis

oleh AK-47
13/02/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Dakwaan seorang pemimpin PKR di Pulau Pinang mengatakan UMNO Permatang Pauh memindahkan pengundi polis secara haram jelas menunjukkan pemimpin berkenaan kini gentar dengan gerak kerja UMNO membantu rakyat.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang Datuk Seri Zainal Abidin Osman berkata dakwaan yang dibuat pemimpin dan parti itu menunjukkan mereka mula ‘kecut perut’ apabila melihat UMNO bekerja keras tidak kira siang atau malam berbeza dengan wakil rakyat di kawasan itu yang hanya memunculkan diri dua bulan sekali.

“Tidak timbul isu soal pemindahan pengundi polis. Klip rakaman percakapan pemimpin UMNO Bahagian Permatang Pauh itu menunjukkan ketuanya sedang bercakap memberi motivasi dan keceriaan kepada jenteranya.

“Program itu adalah program dalaman untuk bagi motivasi, bagi keceriaan kepada jentera. Ia strategi kepada pekerja dia…,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai klip video percakapan berhubung pemindahan pengundi polis itu yang tular di media sosial dan dibangkitkan oleh seorang pemimpin PKR negeri ini.

Semalam, Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh Datuk Mohd Zaidi Mohd Said dilapor menafikan dakwaan lebih 800 pengundi polis dipindahkan ke kawasan Parlimen itu menjelang pilihan raya umum ke-14.

Mohd Zaidi dilapor berkata rakaman audio yang tersebar di media sosial kononnya UMNO cuba memanipulasi proses pilihan raya hanya sekadar ‘perang saraf’ pilihan raya.

Mengenai tuduhan kerajaan negeri Pulau Pinang yang mendakwa Barisan Nasional (BN) dan kerajaan persekutuan sengaja mensabotaj Pelan Induk Pengangkutan (PIP) negeri ini, Zainal Abidin berkata ia berniat jahat dan tidak bertanggungjawab.

Beliau berkata kerajaan persekutuan telah membina banyak kemudahan lalu lintas, termasuk Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah walaupun sudah tidak mentadbir negeri ini.

“Selain bina jambatan kedua, kami juga bina jalan-jalan persekutuan yang membantu pengurusan trafik dengan lebih berkesan. Ini lebih baik berbanding PIP kerajaan negeri yang sudah dirancang bertahun-tahun tapi tetap belum mula pun,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Zainal Abidin OsmanPKRUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Terus Sokong Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan

UMNO Terus Sokong Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan

30/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Mesyuarat Biro Politik UMNO yang berlangsung malam tadi menghormati Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN)...

UMNO Negeri Sembilan Gesa Adakan Sidang DUN Khas Segera

UMNO Negeri Sembilan Gesa Adakan Sidang DUN Khas Segera

29/04/2026
0

KUALA LUMPUR - UMNO Negeri Sembilan menggesa Sidang Khas Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri diadakan segera bagi menangani krisis politik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd