• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tunggu Laporan Forensik Sahkan Imej CCTV

oleh AK-47
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Polis masih menunggu laporan forensik mengenai rakaman kamera litar tertutup (CCTV) sekolah di Nibong Tebal, Pulau Pinang bagi mengenal pasti individu yang mencuri telefon bimbit seorang guru.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk A Thaiveegan berkata berdasarkan siasatan awal, pihaknya tidak dapat mengesahkan sama ada imej individu di dalam CCTV itu adalah pelajar tingkatan dua yang meninggal dunia selepas cuba membunuh diri tempoh hari, berikutan kualiti visual tersebut.

“Setakat ini saya tidak boleh mengesahkan…visual itu sangat sukar untuk disahkan.

“Kami memerlukan kepakaran forensik untuk meningkatkan kualiti gambar atau visual dan sehingga itu, kita perlu menunggu,” katanya ketika ditemui pemberita pada majlis perasmian Seminar Permuafakatan Pembangunan Nilai dan Sahsiah Murid di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan akhbar yang memetik sumber polis sebagai mengesahkan rakaman CCTV sekolah yang diperoleh menunjukkan pelajar perempuan berusia 14 tahun yang cuba membunuh diri itu mengambil telefon bimbit milik gurunya.

Pelajar itu meninggal dunia pada 1 Februari lalu selepas tujuh hari dalam keadaan koma setelah menggantung diri di dalam bilik di rumahnya akibat dituduh mencuri telefon bimbit gurunya pada 24 Jan lepas.

Thaiveegan berkata laporan sedemikian boleh menjejaskan siasatan yang sedang dijalankan.

Ditanya bila CCTV itu diberikan kepada pihak forensik, beliau berkata rakaman tersebut diserahkan sejurus pihaknya memulakan siasatan.

Berhubung bila kertas siasatan kes itu akan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara selepas tiga kertas siasatan terdahulu dipulangkan semula, Thaiveegan berkata ia bergantung kepada secepat mana laporan forensik CCTV tersebut diperoleh. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Menteri Pendidikan Fadhlina Pertahan Keputusan Ubah Had IPU Penutupan Sekolah

Menteri Pendidikan Fadhlina Pertahan Keputusan Ubah Had IPU Penutupan Sekolah

15/10/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek mempertahankan keputusan Kementerian Pendidikan (KPM) menetapkan semula penutupan sekolah apabila Indeks...

Lembaga Adat Luak Jelebu Pertikai Kesahihan Pelantikan Undang Ke-17

Lembaga Adat Luak Jelebu Pertikai Kesahihan Pelantikan Undang Ke-17

15/10/2026
0

JELEBU - Lembaga Adat Luak Jelebu mempertikaikan kesahihan proses pemilihan, pelantikan dan istiadat Menzahirkan Kejadian Undang Luak Jelebu ke-17 di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd