• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Banjir Musnahkan Prasarana, Ganggu PDP Sekolah

oleh Ahmad Albab
11/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TATAU – Banjir kali ketiga dalam tempoh tiga bulan memusnahkan prasarana serta mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) sebuah sekolah rendah yang terletak di tebing Sungai Kakus, di sini.

Guru Besar Sekolah Kebangsaan Rumah Keseng (SK Rh Keseng), Tatau, Anthony Upon berkata sekolah tersebut mengalami mengalami banjir kali pertama pada penghujung Disember, kali kedua pada awal Januari dan kali ketiga awal minggu ini.

“Kejadian terbaharu ini menyaksikan air naik hampir tiga meter memenuhi kawasan sekolah. Peralatansekolah seperti kerusi, meja musnah menyaksikan proses PdP tidak dapat dilaksanakan dengan lancar. Banjir dengan ketinggian air bukan sahaja membawa kerosakan, saya rasa buaya pun sudah boleh masuk dalam kawasan sekolah,” katanya ketika ditemui di sekolah tersebut hari ini.

Tinjauan Bernama di sekolah yang terletak kira-kira sejam perjalanan menaiki bot dari Pekan Tataumendapati kawasan sekolah seperti padang sekolah, bilik darjah dan bilik guru masih digenangi air berikutan limpahan air daripada Sungai Kakus.

Anthony berkata berikutan kejadian banjir terbaharu itu, pihaknya mengarahkan 145 murid prasekolah hingga Tahun Enam untuk pulang ke rumah masing-masing demi keselamatan mereka sejak Rabu.

“Paling menyedihkan kerosakan akibat banjir dalam kejadian pertama dan kedua ada yang masih belum diterima atau dibaiki, sekolah ini terpaksa berdepan kejadian ketiga pula. Saya harap pihak berkenaan dapat segera hulur bantuan seperti ganti buku-buku teks dan kerusi meja yang musnah,” katanya.

Beliau berkata biarpun murid dibenarkan pulang, sekolah masih beroperasi menyaksikan 16 guru, sembilan kakitangan sokongan bersama penduduk kampung memantau keadaan yang masih banjir itu. – BERNAMA

Tags: Banjirsarawak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

22/04/2026
0

SHAH ALAM – Kenyataan media terbaharu daripada PAS Selangor mencetuskan perhatian apabila parti itu secara terbuka menggesa kerajaan negeri mengakui...

Objek Disyaki Serpihan Angkasa Dikesan di Ruang Udara Sarawak

Objek Disyaki Serpihan Angkasa Dikesan di Ruang Udara Sarawak

09/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menasihati orang ramai agar tidak menyentuh sebarang objek mencurigakan yang mungkin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd