• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Chelsea Garang Baham Swansea; Liverpool, Man United Menang

oleh Ahmad Albab
18/01/2015
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LONDON – Chelsea bertindak garang apabila membelasah Swansea City 5-0 dalam saingan Liga Perdana Inggeris di laman lawan, awal pagi ini.

The Blues bertindak agresif dan mendahului selesa dengan empat gol tanpa balas pada babak pertama yang menyaksikan barisan pimpinan Jose Mourinho berada di tangga teratas liga dengan kelebihan lima mata.

Pemain tengah Brazil, Oscar dan penyerang Sepanyol, Diego Costa masing-masing menyumbang dua gol dalam tempoh 35 minit permainan.

Pemain gantian, Andre Schuerrle melengkapkan derita Swansea dengan gol kelima pada minit terakhir permainan di Stadium Liberty.

Juara bertahan, Manchester City kini pasti tertekan untuk merapatkan jurang itu apabila berdepan Arsenal di Etihad, hari ini (Ahad).

Sementara itu, Manchester United memintas Southampton ke tangga ketiga dengan kemenangan 2-0 ke atas Queens Park Rangers.

Satu gol masing-masing daripada pemain gantian, Marouane Fellaini dan James Wilson pada babak kedua mengesahkan tiga mata untuk anak didik Louis Van Gaal di laman lawan.

Southampton akan berkunjung ke Newcastle United dalam perlawanan awal pagi ini.

Christian Eriksen menyumbat gol pada minit terakhir membantu Tottenham Hotspur merakamkan kemenangan 2-1 ke atas Sunderland untuk mengatasi Arsenal di carta liga.

Liverpool terus meningkatkan prestasi apabila Fabio Borini dan Rickie Lambert masing-masing menyumbang satu gol ketika menang 2-0 mengatasi Aston Villa.

Villa kini gagal menjaringkan satu gol pun daripada jumlah lima perlawanan liga.

Crystal Palace bangkit daripada ketinggalan 0-2 sebelum menewaskan Burnley 3-2 di laman lawan.

Ini adalah kemenangan kedua berturut-turut untuk pasukan sejak dibimbing Alan Pardew dan kini mereka melonjak ke tangga ke-12.

Pasukan tercorot, Leicester City gagal mengulangi prestasi sebelum ini apabila tewas kepada Stoke City 1-0 di tempat sendiri. – AFP

https://www.youtube.com/watch?v=DNsL6U4Derg

Tags: Chelsea
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kelab Gergasi EPL Chelsea Bertemu JDT di Stadium Sultan Ibrahim, Ogos ini

Kelab Gergasi EPL Chelsea Bertemu JDT di Stadium Sultan Ibrahim, Ogos ini

20/05/2026
0

JOHOR BAHRU – Kelab bola sepak, Johor Darul Ta'zim (JDT) bakal mencipta satu lagi detik bersejarah apabila dijadual menentang kelab...

Liverpool Juara Piala Super UEFA 2019

15/08/2019
0

LIVERPOOL muncul juara Piala Super Eropah 5-4 menewaskan Chelsea menerusi penentuan sepakan penalti, selepas perlawanan tamat 2-2 di Istanbul. Penjaga gol baru...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd