• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

WUF9 Catat Penyertaan Luar Biasa Peserta

oleh Ahmad Albab
09/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Forum Bandar Sedunia Kesembilan (WUF9) yang dihoskan oleh Malaysia mencatatkan penyertaan luar biasa oleh peserta berbanding forum sebelumnya pada 2014.

Menurut pengarah eksekutif Program Penempatan Manusia Pertubuhan Bangsa Bersatu (UN Habitat), Datuk Maimunah Mohd Sharif, 25,660 peserta didaftarkan setakat semalam berbanding 22,000 peserta semasa forum Medellin 2014 di Colombia.

Bilangan negara yang menyertai WUF9 juga meningkat kepada 19 peratus dengan mencatatkan sejumlah 185 negara berbanding 155 negara sebelum itu.

Beliau berkata daripada jumlah negara yang menghadiri forum Kuala Lumpur, 90 peratus adalah Negara-negara Kurang Membangun.

Maimunah berharap hasil forum akan mengukuhkan pelaksanaan Agenda Perbandaran Baharu (NUA), yang diterima pakai oleh persidangan United Nations Habitat III di Quito, Ecuador pada 2016.

“Hakikat bahawa mereka berada di sin i untuk menghadiri WUF9 menunjukkan komitmen mereka kepada perbandaran yang mampan dan saya menggesa mereka bekerjasama untuk mewujudkan masa depan bandar yang lebih baik untuk semua,” kata beliau pada sidang media di sini hari ini.

Di samping itu, Maimunah berkata UN Habitat sedang menyediakan alat untuk menilai pelaksanaan NUA dan WUF memainkan peranan penting.

“Itulah sebabnya semasa WUF, saya mahukan maklum balas terutama dari kerajaan tempatan dan kerajaan serantau, kerana mereka adalah yang turun padang dan juga dari kerajaan nasional untuk memaklumkan status pelaksanaan NUA,” kata beliau.

Agenda itu juga memberi panduan untuk mencapai Matlamat Pembangunan Lestari (SDGs), yang merupakan gesaan universal untuk membasmi kemiskinan, melindungi planet dan memastikan semua penduduk dunia menikmati keamanan dan kemakmuran. – BERNAMA

Tags: WUF 9
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Delegasi Israel Tak Diberi Layanan Rasmi Pada WUF9

20/03/2018
0

KUALA LUMPUR – Penganjuran Forum Bandar Sedunia ke-9 (WUF9) di ibu negara pada Februari lepas memberi impak positif, antara lain...

Anifah Nafi Jemput Delegasi Israel Semasa WUF9

15/02/2018
0

PUTRAJAYA - Kementerian Luar Negeri menafikan mengundang diplomat Israel ke Forum Bandar Sedunia ke-9 (WUF9) yang berlangsung di Kuala Lumpur...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd