• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gagal Hantar Laporan Kewangan, Sekolah Tidak Diberi Peruntukan

oleh AK-47
17/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAWAU (Sabah) – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak akan mempertimbang peruntukan kewangan kepada mana-mana sekolah bantuan kerajaan yang tidak menghantar laporan prestasi perbelanjaan kewangan, kata Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Mary Yap Kain Ching.

Beliau berkata pihaknya sudah memutuskan bahawa sekolah bantuan kerajaan yang gagal menghantar laporan perbelanjaan kewangan, tidak lagi layak memohon peruntukan.

MENARIK – Tips : Cara ‘Ohsem’ Susun Buku Sekolah Ikut Jadual 

“Semua sekolah bantuan kerajaan perlu menghantar laporan kewangan untuk kelayakan permohonan pada tahun berikutnya dan peraturan ini telah berkuat kuasa sejak tahun lepas.

“Setakat ini beberapa buah sekolah telah dikesan tidak menghantar laporan bulanan perkembangan peruntukan kewangan dan ia menyebabkan sekolah tersebut tidak lagi layak diberi peruntukan,” katanya pada Majlis Pecah Tanah Pembinaan Dewan SJK (C) Kung Ming di sini hari ini.

Sementara itu, Yap meminta pihak swasta, syarikat korporat dan ibu bapa membantu pihak sekolah dalam usaha memberikan kemudahan yang lebih baik kepada pelajar.

“Semua pihak perlu memainkan peranan dalam membantu pihak sekolah dengan menyalurkan sumbangan agar pembangunan yang dirancang dapat dijayakan dan tidak bergantung kepada peruntukan semata-mata,” katanya. – BERNAMA

Persembahan Choral Speaking Pelajar Sekolah Rendah

Tags: kementerianSekolah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sekolah Pentadbiran JAIS Tidak Dibenarkan Sambut Hari Guru?

Sekolah Pentadbiran JAIS Tidak Dibenarkan Sambut Hari Guru?

11/05/2026
0

SHAH ALAM - Satu surat didakwa dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tidak membenarkan sekolah di bawah pentadbiran institusi...

Aminuddin Buat Lawatan Rasmi Ke Sekolah, Teruskan Tugas MB Negeri Sembilan

Aminuddin Buat Lawatan Rasmi Ke Sekolah, Teruskan Tugas MB Negeri Sembilan

28/04/2026
0

SEREMBAN – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun meneruskan tugas rasmi beliau walaupun berdepan dakwaan kehilangan sokongan majoriti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd