• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rakyat Malaysia Selamat Gempa Bumi Di Taiwan

oleh Ahmad Albab
08/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Luar hari ini mengesahkan tiada rakyat Malaysia terlibat dalam kejadian gempa bumi kuat yang melanda wilayah Hualien, di Taiwan pada Selasa.

“Kementerian ingin mengesahkan sehingga kini tiada laporan kematian atau kecederaan melibatkan rakyat Malaysia di kawasan terjejas,” menurutnya dalam kenyataan di sini.

Kementerian melalui Pusat Persahabatan dan Perdagangan Malaysia (MFTC) di Taipei sedang memantau rapi situasi ini.

Rakyat Malaysia yang menetap di Taiwan dinasihatkan agar berhati-hati dan berhubung dengan MFTC serta mematuhi semua arahan dan nasihat keselamatan yang dikeluarkan pihak berkuasa Taiwan.

Warga Malaysia yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi MFTC di Tingkat 8, San Ho Plastic Building, 102, Dun Hua North Road, Taipei.

Mereka boleh menghubungi talian +(886) 22713 2626 or +(886) 905 121 171 (bagi kes kecemasan) atau e-mel [email protected].

Dilaporkan tujuh orang terkorban dan lebih 250 cedera dalam kejadian gempa bumi kuat berukuran 6.4 pada skala Richter yang melanda wilah Hualien yang terletak kira-kira 165km di tenggara Taipei. – BERNAMA

Tags: rakyat Malaysiataiwan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Raja Permaisuri Agong Mengingatkan Rakyat Malaysia Sentiasa Memelihara Adab Di Dalam Atau Luar Negara

Raja Permaisuri Agong Mengingatkan Rakyat Malaysia Sentiasa Memelihara Adab Di Dalam Atau Luar Negara

19/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah mengingatkan rakyat Malaysia sentiasa menitikberatkan kepentingan memelihara adab dan nilai menghormati...

Individu Tidak Mahu Ikut Prinsip Rukun Negara Tidak Layak Digelar Warganegara Malaysia –  Yang di-Pertuan Agong

Individu Tidak Mahu Ikut Prinsip Rukun Negara Tidak Layak Digelar Warganegara Malaysia – Yang di-Pertuan Agong

01/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah mana-mana individu yang tidak mahu mengikut prinsip Rukun Negara tidak layak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd