• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jual Ginjal Pengganti Wang Hantaran

oleh Ahmad Albab
08/02/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOLKATA – Polis di Bengal Barat menahan seorang lelaki kerana menipu isteri sendiri menjual satu ginjalnya disebabkan gagal membayar wang hantaran berjumlah 200,000 rupee (RM12,200).

Wanita terbabit, Rita Sarkar, 28, mendakwa suaminya Biswajit Sarkar yang dikahwini 12 tahun lalu bersama abang ipar menipunya untuk jual sebelah ginjal dan curi organ berkenaan ketika dia menjalani pembedahan apendiks.

“Suami dan keluarga mentua sering menyeksa saya dan mendesak wang itu dibayar.

“Kira-kira dua tahun lalu saya mula mengalami sakit perut teruk dan apabila suami membawa saya ke hospital swasta di Kolkata, saya dimaklumkan ia akibat masalah apendiks yang perlu dibuang melalui pembedahan.

“Bagaimanapun, sakit saya semakin teruk selepas pembedahan itu dan suami mengarahkan saya tidak memaklumkan sesiapa mengenai pembedahan di Kolkata berkenaan.

“Saya merayu berulang kali untuk mendapat rawatan lanjut tetapi tidak diendahkan,” katanya.

Menurutnya, ibu bapanya akhirnya membawanya ke hospital lain kira-kira tiga bulan lalu di mana doktor mendapati ginjal kanannya tiada. Perkara itu disahkan selepas dia mendapat pandangan kedua doktor hospital berbeza.

Dia memfailkan laporan polis terhadap Sarkar dan abang iparnya Shyamal serta ibu mentua, Bularani. Inspektor Udayshankar Roy mengesahkan dua lelaki terbabit ditahan, tetapi Bularani melarikan diri.

Katanya, Shyamal dan Sarkar mengaku menjual ginjal itu kepada seorang ahli perniagaan di Chhattisgarh. – Agensi/myMetro Online

*Video sekadar hiasan…

Tags: ginjalwang hantaranWanita
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bunuh Suami: Mahkamah Kekal Hukuman Penjara 33 Tahun Terhadap Wanita, Adik Lelaki

Bunuh Suami: Mahkamah Kekal Hukuman Penjara 33 Tahun Terhadap Wanita, Adik Lelaki

11/02/2026
0

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan, di sini hari ini mengekalkan hukuman penjara 33 tahun terhadap wanita dan adik lelakinya yang disabitkan dengan...

Wanita Didakwa Menetap Di Terminal KLIA Sejak Setahun Lalu, Ditahan Polis

Wanita Didakwa Menetap Di Terminal KLIA Sejak Setahun Lalu, Ditahan Polis

23/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis sudah menahan wanita yang menimbulkan kegusaran orang ramai kerana memarahi kanak-kanak yang berada di terminal Lapangan Terbang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd