• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Geng Sidi Aktif Samun Kereta Mewah, Klon Tumpas

oleh AK-47
06/02/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – ‘Geng Sidi’ yang aktif menyamun kereta mewah dan klon kenderaan tumpas selepas kesemua lapan anggotanya termasuk ketua mereka diberkas polis dalam beberapa serbuan di sekitar Selangor dan Negeri Sembilan bulan lepas.

Ketua Polis Daerah Sepang ACP Abdul Aziz Ali berkata pihaknya juga berjaya menemui kembali lima daripada lapan kenderaan mewah yang disyaki dilarikan oleh kumpulan terbabit di sekitar Selangor selain menyita tiga kenderaan klon.

Kesemua suspek berusia 27 hingga 40 tahun itu diberkas dalam tempoh 20 hingga 22 Jan lalu dengan ketuanya ditangkap di sebuah rumah di Seri Kembangan, Selangor, katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Beliau berkata kegiatan kumpulan itu terbongkar pada November lalu selepas pihaknya menerima laporan insiden langgar belakang dan samun kereta Audi A4 2.0 TFSI di Putra Perdana, Puchong.

Suspek dikesan selepas menggunakan kad Touch ‘n Go kepunyaan pemilik kereta Audi yang dilarikan dalam kejadian itu, katanya.

Beliau berkata enam daripada suspek didapati positif dadah serta mempunyai rekod lampau bersabit curi kenderaan

“Hasil soal siasat yang dijalankan kesemua suspek telah mengaku terlibat dalam kegiatan samun serta klon kenderaan,” katanya.

Soal siasat juga mendapati geng ini menjual kesemua kenderaan yang disamun dalam negara, katanya.

Mengenai tiga kenderaan klon yang disita hasil serbuan di sebuah rumah di Mantin, Negeri Sembilan, beliau berkata suspek mengaku kenderaan terbabit dibawa masuk dari negara jiran.

Polis sedangn giat mengesan baki tiga lagi kenderaan yang dilarikan kumpulan ini termasuk kereta Audi yang disamun di Putra Perdana, katanya. – BERNAMA

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tak Bolehkah Sementara Bantu Anak Melayu Bumiputera Kita Bantu Juga Anak Kita Yang Lain? – PM Anwar

Tak Bolehkah Sementara Bantu Anak Melayu Bumiputera Kita Bantu Juga Anak Kita Yang Lain? – PM Anwar

23/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bantuan kepada rakyat tidak seharusnya dilihat dari sudut kaum semata-mata,...

PM Anwar Seru Golongan Majoriti Selamatkan Malaysia – “Minoriti Yang Bising, Marah, Berhimpun, Tanam Kebencian, Fitnah”

PM Anwar Seru Golongan Majoriti Selamatkan Malaysia – “Minoriti Yang Bising, Marah, Berhimpun, Tanam Kebencian, Fitnah”

23/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Anwar Ibrahim menggesa golongan majoriti rakyat negara ini bangkit menyelamatkan Malaysia daripada kelompok kecil yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd