• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahkamah Rayuan Kekalkan Hukuman Mati Jurutera

oleh AK-47
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA — Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan hukuman mati terhadap seorang jurutera yang disabitkan kesalahan membunuh teman wanitanya pada Hari Valentine 2013.

Mahkamah Rayuan dianggotai hakim-hakim Datuk Mohd Zawawi Salleh, Datuk Abdul Karim Jalil dan Datuk Rhodzariah Bujang sebulat suara menolak rayuan Cheong Teik Keon.

“Kami berpendapat tiada sebab untuk mengganggu dapatan hakim yang arif berkenaan,” kata Mohd Zawawi, yang mempengerusikan panel itu.

Beliau berkata mahkamah itu berpuas hati dengan dapatan Mahkamah Tinggi bahawa Cheong telah gagal dalam pelaksanaan bebanan berkaitan ketidakwarasan.

Cheong, 35, merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi George Town yang mendapatinya bersalah dan mengenakan hukuman mati terhadapnya kerana membunuh Tan Ching Chin di Taman Hwa Seng, Jalan Rozhan, Alma, Seberang Prai, Pulau Pinang pada 8.40 pagi 14 Feb 2013.

Sebelum ini, Mahkamah Tinggi mendengar keterangan seorang pakar psikiatri bahawa Cheong didakwa menikam teman wanitanya tiga kali sebelum cuba membunuh diri dengan menikam dirinya empat kali kerana mempercayai dia akan disatukan kembali dengan wanita itu di syurga.

Pakar psikiatri itu berkata Cheong, yang dirujuk kepadanya untuk dibuat penilaian, mempunyai idea bersifat romantik dan idealistik bahawa dia dan simati akan dihidupkan semula di syurga sebagai pasangan kekasih.

Semasa prosiding, peguam Hisyam Teh Poh Teik, yang mewakili Cheong berhujah bahawa pesuruhjaya kehakiman Colin Lawrence Sequerah terkhilaf dalam keputusannya bahawa keadaan tidak siuman dari segi undang-undang tidak dibuktikan oleh pihak pembelaan berdasarkan keseimbangan kemungkinan.

Beliau berkata pesuruhjaya kehakiman itu tidak mengambil kira keterangan perubatan oleh seorang pakar perunding terapi forensik, yang memaklumkan kepada mahkamah bahawa Cheong tidak berupaya untuk mengetahui bahawa tindakannya itu adalah salah kerana dia mengalami gangguan kemurungan teruk dan tidak siuman ketika kejadian.

Timbalan pendakwa raya Dhiya Syazwani Izyan Mohd Akhir menggesa mahkamah menolak rayuan Cheong dengan berkata Cheong dirujuk kepada pakar psikiatri berkenaan bagi menentukan sama ada dia sihat untuk menghadapi perbicaraan, bukan untuk memeriksa sama ada dia siuman atau tidak. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Menteri Pendidikan Fadhlina Pertahan Keputusan Ubah Had IPU Penutupan Sekolah

Menteri Pendidikan Fadhlina Pertahan Keputusan Ubah Had IPU Penutupan Sekolah

15/10/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek mempertahankan keputusan Kementerian Pendidikan (KPM) menetapkan semula penutupan sekolah apabila Indeks...

Lembaga Adat Luak Jelebu Pertikai Kesahihan Pelantikan Undang Ke-17

Lembaga Adat Luak Jelebu Pertikai Kesahihan Pelantikan Undang Ke-17

15/10/2026
0

JELEBU - Lembaga Adat Luak Jelebu mempertikaikan kesahihan proses pemilihan, pelantikan dan istiadat Menzahirkan Kejadian Undang Luak Jelebu ke-17 di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd