• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Biar Betul? Nasi Ayam Di Ipoh Ini Hanya RM1.30!

oleh AK-47
06/02/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BILA kali terakhir anda dapat menikmati hidangan lengkap dengan harga bawah RM2 sepinggan? Pastinya semasa zaman persekolahan, kan.

Namun, seorang peniaga di Ipoh, Perak telah melakukan sesuatu yang boleh dikatakan ‘tidak masuk akal’ pada zaman ini iaitu menjual nasi ayam taugeh pada harga RM1.30 sepinggan!

Shahrizan Azmed, 37, menjual nasi ayam istimewanya itu di sebuah kopitiam di Taman Ipoh Timur Baru.

Oleh kerana harganya yang terlalu murah, gerai Shahrizan sentiasa menjadi tumpuan pelanggan setiap hari.

Shahrizan akui dia hanya memperoleh keuntungan yang sedikit daripada jualannya, namun dia berkata dia memasang niat untuk ‘bersedekah dalam berniaga’.

Shahrizan Azmed, pengusaha nasi ayam RM1.30 yang viral di media sosial.

“Saya mahu semua orang, termasuklah yang mempunyai masalah kewangan, untuk menikmati makanan yang disediakan saya tanpa perlu membelanjakan wang yang banyak.

“Saya harap inisiatif saya ini membolehkan lebih ramai orang untuk makan di luar.

“Kebanyakan pelanggan saya amat menghargai peluang untuk berjimat cermat sambil menikmati makanan kegemaran mereka,” kata Sharizan.

Salah seorang pelanggan tetapnya, Azizi Abdul Rahman, berkata pada mulanya, dia skeptikal terhadap harga nasi ayam RM1.30 yang diceritakan oleh rakannya.

“Susah nak percaya hari ini ada orang yang jual nasi ayam pada harga semurah ini hanya untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan.

“Saya terkejut apabila mengetahui peniaganya ialah orang Melayu oleh kerana nasi ayam biasanya dijual oleh kaum Cina,” katanya lagi.

Ayam taugeh merupakan hidangan popular di Ipoh dan biasanya dimakan bersama-sama nasi atau hor fun (kuey teow) yang dihidangkan sama ada dengan sup atau kering.

Hidangan ini selalunya berharga RM10 seorang di kedai-kedai makan terkenal yang menghidangkan ayam taugeh di Ipoh. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Ipohisu viralnasi ayam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Jejak Suspek Letupkan Kedai Di Ipoh

Polis Jejak Suspek Letupkan Kedai Di Ipoh

01/09/2025
0

Ipoh: Polis sedang giat mengesan dua lelaki yang disyaki terbabit dalam letupan sebuah premis perniagaan di Panorama Lapangan Perdana, di...

Polis Buru Suspek Bunuh Lelaki Di Ipoh

Polis Buru Suspek Bunuh Lelaki Di Ipoh

27/08/2025
0

Ipoh: Polis sedang mengesan seorang suspek disyaki terlibat dalam kes bunuh membabitkan penemuan mayat seorang lelaki di lorong berhampiran Jalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd