• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Sabah Rampas Minuman Keras, Rokok, Mercun

oleh AK-47
06/02/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Polis Sabah menahan lapan individu dan merampas pelbagai jenis minuman keras, rokok, mercun dan sejumlah wang tunai yang kesemuanya bernilai kira-kira RM700,000 dalam serbuan di sebuah rumah kedai di Penampang, dekat sini Ahad lepas.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Razarudin Husain @ Abd Rasid berkata kesemua individu iaitu seorang wanita dan tujuh lelaki berumur antara 24 dan 46 tahun itu ditahan di premis berkenaan kira-kira 4.40 petang.

“Sebelum serbuan, pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang telah menjalankan pemantauan terhadap premis berkenaan selama dua minggu dan premis itu dipercayai telah beroperasi menjadi stor transit barangan seludup berkenaan sejak setahun lepas.

“Antara yang berjaya dirampas ialah 934 kotak minuman keras (tin) pelbagai jenis, 13 kotak minuman keras (botol) pelbagai jenis, 717 kotak rokok pelbagai jenis, 124 kotak mercun pelbagai jenis dan wang tunai RM66,271,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata pihaknya akan meminta bantuan pihak kastam untuk mengenal pasti jumlah cukai yang terlibat dalam kes itu dan kes disiasat di bawah Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967 serta Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1967.

Sementara itu, dalam satu kes berasingan, seorang suspek pecah rumah berusia 31 tahun cedera ditembak ketika cuba menyerang anggota polis dalam satu kejadian di Kampung Lokub Sepanggar, semalam.

Razarudin berkata dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi itu, suspek berkenaan bersama tiga lagi suspek dipercayai cuba melakukan aktiviti pecah rumah di kawasan berkenaan namun berjaya dikesan pihak polis.

“Semasa kejadian itu terjadi polis telah mengejar penjenayah terbabit sebelum kereta dinaiki suspek terbabas. Tiga suspek lain berjaya melarikan diri namun seorang daripada mereka cuba menyerang anggota polis dengan parang, sebelum cedera ditembak di bahagian kaki,” katanya.

Beliau berkata hasil siasatan lanjut, polis telah menahan seorang lagi suspek di kawasan Inanam kira-kira 12.30 tengah malam tadi dan kini dua lagi suspek masih diburu.

“Suspek yang cedera ditembak kini dalam keadaan stabil dan direman selama tujuh hari sehingga 11 Feb ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: arakmercunRokok
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Program MOTAC Hidang Arak? – Firdaus Wong

Program MOTAC Hidang Arak? – Firdaus Wong

28/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung mempersoalkan sama ada satu program anjuran Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya...

Mercun Gergasi 19KG Diimport Dari China Dijual Hingga RM5,000 Sekotak

Mercun Gergasi 19KG Diimport Dari China Dijual Hingga RM5,000 Sekotak

25/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Menerusi satu hantaran di media sosial, seorang pengguna mendakwa mercun jenis “Dai Sheng Gui Lai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd