• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pasukan Tindakan Khas Banteras Kes Curi Motosikal

oleh AK-47
06/02/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ISKANDAR PUTERI – Kegiatan mencuri motosikal di daerah Iskandar Puteri dilihat semakin meningkat dengan 39 kes dicatatkan pada bulan lepas berbanding 24 kes pada tempoh sama tahun 2017.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP Noor Hashim Mohamad berkata disebabkan itu, pihaknya telah menubuhkan satu pasukan tindakan khas yang dinamakan ‘Taskforce Lejang’ bagi membanteras kegiatan itu daripada berleluasa.

“Pelaksanaan operasi bersepadu yang dijalankan setiap hari dan juga penubuhan pasukan tindakan khas itu yang dianggotai seramai 12 anggota, adalah antara perancangan Ibu Pejabat Polis Iskandar Puteri bagi membanteras kegiatan itu,” katanya kepada pemberita selepas majlis perhimpunan bulanan IPD tersebut di sini hari ini.

Menurut beliau, berdasarkan analisa yang dibuat, sebanyak 60 peratus kes kecurian jenayah harta benda melibatkan kegiatan curi motosikal di Iskandar Puteri.

“Dua hari lepas kita telah berjaya menangkap lima remaja yang dipercayai terlibat dalam kegiatan mencuri motosikal iaitu di sekitar kawasan Kangkar Pulai dan Gelang Patah. Kita percaya remaja terbabit aktif mencuri motosikal di dua kawasan berkenaan dan buat masa ini kes itu masih dalam siasatan polis,” katanya.

Menurut Noor Hashim, orang awam serta masyarakat setempat haruslah memberi kerjasama dalam membantu pihak polis membanteras kes kecurian jenayah harta benda khususnya kegiatan curi motosikal terutama di kawasan-kawasan perumahan.

Selain itu, pemilik kenderaan diingatkan agar lebih berwaspada dan berhati-hati jika meninggalkan kenderaan mereka di mana-mana tempat serta tidak cuai meninggalkan kenderaan dengan membiarkan kunci tanpa pengawasan penumpang. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tak Bolehkah Sementara Bantu Anak Melayu Bumiputera Kita Bantu Juga Anak Kita Yang Lain? – PM Anwar

Tak Bolehkah Sementara Bantu Anak Melayu Bumiputera Kita Bantu Juga Anak Kita Yang Lain? – PM Anwar

23/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bantuan kepada rakyat tidak seharusnya dilihat dari sudut kaum semata-mata,...

PM Anwar Seru Golongan Majoriti Selamatkan Malaysia – “Minoriti Yang Bising, Marah, Berhimpun, Tanam Kebencian, Fitnah”

PM Anwar Seru Golongan Majoriti Selamatkan Malaysia – “Minoriti Yang Bising, Marah, Berhimpun, Tanam Kebencian, Fitnah”

23/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Anwar Ibrahim menggesa golongan majoriti rakyat negara ini bangkit menyelamatkan Malaysia daripada kelompok kecil yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd