• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sumbang Mahram: ‘Paksu’ Hadapi Jumlah 588 Tuduhan

oleh AK-47
05/02/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Selepas didakwa atas 334 pertuduhan melakukan sumbang mahram terhadap anak saudaranya, Jumaat lepas, hari ini lelaki itu dihadapkan lagi ke Mahkamah Sesyen di sini atas 254 pertuduhan sama terhadap dua lagi anak saudaranya termasuk satu tuduhan cubaan merogol.

Tertuduh, berusia 46 tahun yang memakai baju-T berwarna biru gelap sama seperti yang dipakai ketika didakwa Jumaat lalu, mengaku tidak bersalah atas kesemua pertuduhan yang dibacakan satu persatu di hadapan Hakim Azrul Darus.

Berdasarkan pertuduhan pertama sehingga ke 253, lelaki itu yang dipanggil ‘Paksu’ oleh ketiga-tiga mangsa didakwa telah melakukan sumbang mahram iaitu bersetubuh dengan anak saudaranya, seorang perempuan yang tidak boleh dikahwini, sejak mangsa berusia enam tahun.

Tertuduh, yang telah berkahwin tetapi tidak mempunyai anak itu, dituduh melakukan kesemua perbuatan itu di rumah flatnya di Ampang, di sini, antara Januari 2006 dan Disember 2013.

Kesemua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan ke 254, dia didakwa cuba merogol anak saudaranya yang berusia 10 tahun di tempat sama antara Januari dan Disember 2017 dan didakwa mengikut Seksyen 376B/511 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Norhashimah Hashim tidak menawarkan sebarang wang jaminan dengan alasan kebarangkalian tertuduh mengganggu mangsa adalah tinggi kerana mempunyai hubungan persaudaraan yang rapat dengan kedua-dua mangsa.

Peguam tertuduh, Shahrul Nizam Azwir, memohon mahkamah membenarkan jaminan dengan alasan kedua-dua mangsa kini tidak tinggal bersama tertuduh dan tertuduh turut bersedia dengan sebarang syarat tambahan.

Hakim Azrul, bagaimanapun, tidak membenarkan tertuduh diikat jamin bagi kesemua pertuduhan dan menetapkan 13 Mac ini untuk sebutan semula kes.

Jumaat lalu, lelaki itu mengaku tidak bersalah atas 334 pertuduhan melakukan sumbang mahram terhadap anak saudaranya sejak mangsa berusia lima tahun.

Keseluruhan pertuduhan yang dihadapi lelaki itu berjumlah 558 pertuduhan iaitu 557 pertuduhan melakukan sumbang mahram dan satu pertuduhan cubaan merogol terhadap tiga anak saudaranya itu.

Difahamkan ketiga-tiga mangsa merupakan adik beradik manakala mangsa yang berusia 10 tahun adalah adik bongsu dan mereka mempunyai seorang lagi adik beradik iaitu abang sulung.

Dipercayai ketiga-tiga mangsa kecuali abang sulung tinggal bersama tertuduh sejak mereka kecil. – BERNAMA

Tags: sumbang mahram
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Peniaga Air Tebu Berdepan Hukuman Penjara 1,830 Tahun

24/02/2021
0

KLANG - "Boleh saya tanya, kenapa pertuduhan saya terlalu banyak?" Demikian kata seorang lelaki yang mencelah ketika pertuduhan dibacakan terhadapnya....

Sultan Selangor Syor Hukuman Lebih Berat Penjenayah Seksual

20/11/2019
0

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dukacita dengan peningkatan kes jenayah seksual seperti rogol bawah umur dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd