• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, December 14, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sultan Selangor Syor Hukuman Lebih Berat Penjenayah Seksual

oleh
20/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dukacita dengan peningkatan kes jenayah seksual seperti rogol bawah umur dan sumbang mahram yang berlaku dalam kalangan masyarakat.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, berkata baginda selaku Pengerusi Lembaga Pengampunan Negeri Selangor mendapati kes terbabit yang dibawa kepada Lembaga Pengampunan Negeri Selangor adalah tinggi.

Beliau berkata, Sultan Sharafuddin Idris Shah turut menzahirkan rasa bimbang terhadap masalah itu yang dilihat semakin serius dan berleluasa.

“Baginda dukacita dengan perkembangan kes sedemikian kerana ia akan mendatangkan kesan negatif dan mampu meruntuhkan institusi keluarga dan moral masyarakat di Selangor.

“Jenayah seksual yang semakin kritikal ini menyebabkan kesengsaraan kepada mangsa terbabit yang sepatutnya dilindungi oleh pelaku,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohamad Munir berkata, Sultan Selangor mengesyorkan supaya hukuman lebih berat dikenakan terhadap pelaku jenayah seksual sebagai peringatan kepada masyarakat.

Beliau berkata, baginda turut menitahkan jenayah seperti itu dibanteras tanpa kompromi kerana ia boleh menyebabkan suasana tidak harmoni dalam kalangan masyarakat dan mewujudkan kebimbangan serta prasangka buruk terhadap keluarga terbabit.

“Mengikut ajaran agama Islam, mereka yang terbabit dalam melakukan jenayah seksual ini adalah berdosa besar.

“Semua pihak diseru meningkatkan usaha membendung jenayah seksual ini melalui pendidikan, penguatkusaan undang-undang dan menekankan nilai agama,” katanya.

Beliau berkata, Sultan Sharafuddin Idris Shah berharap rakyat dapat hidup aman tenteram dan bebas daripada ancaman jenayah seksual dalam negeri Selangor ini.

Tags: Jenayah Seksualkes rogolSultan Selangorsumbang mahram
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kes Rogol Di Sekolah: KPM Tumpu Bantu Pulih Emosi Calon SPM Dan Guru

Kes Rogol Di Sekolah: KPM Tumpu Bantu Pulih Emosi Calon SPM Dan Guru

12/10/2025
0

MELAKA: Semua calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan guru di sebuah sekolah menengah di Alor Gajah, di sini akan diberikan...

4 Pelajar Tingkatan 5 Direman Kes Rogol Berkumpulan Dalam Kelas, Video Tersebar

4 Pelajar Tingkatan 5 Direman Kes Rogol Berkumpulan Dalam Kelas, Video Tersebar

11/10/2025
0

MELAKA: Empat pelajar Tingkatan 5 direman enam hari bagi membantu siasatan kes rogol bergilir-gilir ke atas seorang pelajar perempuan Tingkatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd