Sample Page Title

KLANG – “Boleh saya tanya, kenapa pertuduhan saya terlalu banyak?”

Demikian kata seorang lelaki yang mencelah ketika pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Dia yang juga peniaga air tebu itu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas 55 pertuduhan melakukan sumbang mahram terhadap anak perempuan kandung dan sembilan pertuduhan merogol rakan anaknya berusia 14 tahun sejak April 2019.

Tertuduh, yang juga bapa kepada tujuh anak termasuk dua anak tiri itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan selepas dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Datin M Kunasundary.

Mengikut pertuduhan pertama hingga 55, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376B (1) Kanun Keseksaan pada April 2019 sehingga Januari 2021 bertempat di rumahnya di Klang didakwa melakukan sumbang mahram dengan persetubuhan dengan anak kandungnya. 

Jika didapati bersalah, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara minimum 10 tahun dan maksimum 30 tahun dan sebat.

Bagi pertuduhan merogol rakan anaknya, tertuduh berdepan sembilan pertuduhan merogol kanak-kanak 14 tahun itu pada Ogos 2020 hingga Januari 2021 di rumahnya di Klang.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.


Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Qistini Qamarul Abrar dan tertuduh diwakili peguam Khairul Naim Rafidi.

Terdahulu, peguam mewakili tertuduh memohon mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin dengan syarat yang ketat.

Bagaimanapun, pihak pendakwaan membantah sebarang jaminan dikenakan terhadap tertuduh kerana kesalahan seksual dan serius dilakukan tertuduh.

Hakim Kunasundary kemudian menetapkan tiada jaminan dikenakan terhadap tertuduh dan 24 Mac sebagai tarikh sebutan semula kes.

Berdasarkan semua pertuduhan yang dibacakan, tertuduh bakal berdepan hukuman 1,830 tahun penjara jika disabitkan kesalahan. – myMetro Online

Kategori

Artikel Berkaitan

Terkini

JDT Kelab Pertama Jalin Kerjasama Dengan Socios.com

ISKANDAR PUTERI: Johor Darul Ta'zim (JDT) menjadi kelab pertama di Malaysia yang menjalin kerjasama...

Ibu Bimbang, Anak Empat Hari Tidak Pulang Ke Rumah

BACHOK: Seorang ibu di Kampung Tok Kederat di sini, diselebungi kebimbangan apabila anak kelima...

Kertas Siasatan Kes Pukul Anak Tiri Diserah Ke Bukit Aman

IPOH: Kertas siasatan berhubung kes seorang lelaki dipercayai memukul anak tirinya di Parit Buntar...

Polis Tubuh Pasukan Siasatan Khas Berkaitan Kes Cubaan Culik Murid

IPOH: Polis Perak menubuhkan pasukan siasatan khas bagi menyiasat kes tular berhubung cubaan menculik...

Air Pasang Besar: Orang Ramai Dinasihat Elak Ke Pantai Esok Hingga Khamis

PETALING JAYA – Orang ramai dinasihatkan untuk mengelak berada di kawasan pantai berikutan fenomena...

Tawar Ganjaran Lumayan AS$2 Juta Untuk Tahan Rakyat Malaysia Lolos

KUALA LUMPUR: Sindiket penipuan kerja didakwa menjanjikan ganjaran lumayan AS$2 juta (RM9.1 juta) bagi...

Manfaatkan Perkhidmatan Digital HASiL

Malaysia sedang menuju kepada sebuah negara tanpa tunai di mana urusan kewangannya termasuk membeli...