• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penganggur Dera 3 Anak Teman Wanita Dijel 3 Tahun

oleh AK-47
06/02/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perbuatan tidak berperikemanusiaan seorang penganggur yang mendera tiga anak teman wanitanya termasuk bayi berusia 10 bulan sehingga mereka mengalami lebam, luka, serta berparut akibat dicucuh rokok pada badan, dibalas dengan hukuman penjara tiga tahun oleh Mahkamah Sesyen Ampang hari ini.

Hakim Mohamad Kamil Nizam menjatuhkan hukuman itu ke atas Muhammad Zulfikar Rizal Affendy, 26, selepas tertuduh mengaku bersalah atas tiga pertuduhan melakukan penganiayaan dan pengabaian terhadap dua anak perempuan teman wanitanya, masing-masing berusia lima tahun dan 10 bulan serta anak lelaki berusia tiga tahun.

Mohamad Kamil menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun masing-masing bagi ketiga-tiga pertuduhan dan memerintahkan kesemua hukuman itu berjalan serentak bermula dari tarikh dia ditangkap pada 23 Disember 2017.

Muhammad Zulfikar turut dikenakan bon berkelakuan baik selama tiga tahun serta perlu menjalani khidmat masyarakat selama 120 jam dalam tempoh enam bulan setelah selesai menjalani hukuman penjara.

Mengikut pertuduhan, Muhammad Zulfikar bersama-sama teman wanitanya berusia 22 tahun didakwa dengan niat bersama melakukan penganiayaan dan pengabaian terhadap tiga anak itu, bagaimanapun mahkamah menangguhkan untuk menjatuhkan hukuman ke atas wanita yang sedang hamil empat bulan tersebut kerana ketidakhadiran tertuduh yang berada dalam tahanan di penjara.

Mahkamah menetapkan 14 Februari ini untuk sebutan semula kes ibu kepada tiga anak itu.

Kedua-dua tertuduh yang tidak bekerja itu didakwa melakukan kesalahan tersebut di sebuah premis, di Jalan Pandan 3/10, Pandan Jaya di sini, antara 16 November dan 21 Disember 2017.

Mereka dituduh mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 dan Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, tertuduh telah membuat laporan polis mengatakan seorang daripada anak teman wanitanya iaitu bayi perempuan berusia 10 bulan telah didera oleh pengasuh yang menjaga kanak-kanak itu.

Bagaimanapun siasatan polis mendapati tertuduh telah membuat laporan polis palsu dan kesan kecederaan pada keseluruhan badan mangsa termasuk lebam, luka dan jangkitan kuman pada buah pinggang adalah akibat perbuatan tertuduh dan ibu kandung mangsa yang merupakan teman wanitanya.

Siasatan lanjut mendapati tertuduh dan teman wanitanya turut melakukan penderaan terhadap dua lagi anak wanita berkenaan apabila menemui kesan lebam dan parut lama termasuk kesan cucuhan rokok dan pemetik api pada badan kedua-dua mangsa.

Muhammad Zulfikar dan teman wanitanya yang bersekedudukan itu turut memberikan susu pekat manis sebagai susu harian bayinya selain anak-anak yang lain tidak diberi makanan yang mencukupi kerana kedua-duanya tidak bekerja.

Ketika rayuan peguam Kelvinder Singh Sidhu yang mewakili tertuduh memberitahu tertuduh memohon maaf kepada mahkamah atas kesalahannya dan merayu dikenakan hukuman penjara minimum.

Timbalan Pendakwa Raya, M. Arunjothy memohon hukuman maksimum terhadap tertuduh mengambil kira emosi, trauma dan kesakitan yang dialami kesemua mangsa yang masih kecil. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tak Bolehkah Sementara Bantu Anak Melayu Bumiputera Kita Bantu Juga Anak Kita Yang Lain? – PM Anwar

Tak Bolehkah Sementara Bantu Anak Melayu Bumiputera Kita Bantu Juga Anak Kita Yang Lain? – PM Anwar

23/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bantuan kepada rakyat tidak seharusnya dilihat dari sudut kaum semata-mata,...

PM Anwar Seru Golongan Majoriti Selamatkan Malaysia – “Minoriti Yang Bising, Marah, Berhimpun, Tanam Kebencian, Fitnah”

PM Anwar Seru Golongan Majoriti Selamatkan Malaysia – “Minoriti Yang Bising, Marah, Berhimpun, Tanam Kebencian, Fitnah”

23/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Anwar Ibrahim menggesa golongan majoriti rakyat negara ini bangkit menyelamatkan Malaysia daripada kelompok kecil yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd