• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Scoot Lancar Penerbangan Sulung Singapura-Kuantan

oleh AK-47
04/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Syarikat penerbangan tambang murah Singapura, Scoot melebarkan sayap apabila buat pertama kalinya melancarkan penerbangan dari Singapura ke Kuantan sebagai destinasi keenam di negara ini selepas Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Langkawi, Ipoh dan Kuching.

Pengerusi jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berkata syarikat penerbangan negara jiran itu memilih Kuantan sebagai destinasi pilihan kerana negeri ini memiliki pelbagai tarikan pelancongan untuk dilawati sama ada pelancong Singapura mahupun antarabangsa.

“Kami amat mengalu-alukan syarikat penerbangan Scoot yang mengambil pendekatan untuk membuka laluan baharu dari Singapura ke Kuantan sebagai pintu masuk ke negeri Pahang yang memiliki keindahan hutan dan pantai.

“Keyakinan mereka untuk melancarkan laluan ini difahamkan antaranya adalah disebabkan pergerakan 241,000 orang penumpang yang dicatat di Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan sehingga Disember tahun lalu.

“Kami gembira kerana laluan baharu ini secara langsung memberi manfaat kepada industri pelancongan Pahang sekali gus meningkatkan ekonomi rakyat,” katanya pada sidang media selepas Majlis Sambutan Penerbangan Pertama Scoot ke negeri Pahang di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Pegawai Komersial Scoot, Vinod Kannan; Pengurus Besar Pelancongan Pahang Datuk Ishak Mokhtar dan Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Pahang, Datuk Idros Yahya.

Penerbangan sulung pesawat Airbus 320 yang membawa 120 penumpang belepas dari Singapura pada pukul 1.30 petang dan mendarat di sini pukul 2.40 petang.

Scoot akan mengadakan penerbangan tiga kali seminggu ke Kuantan iaitu pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat dengan tambang serendah RM45 sehala.

Vinod berkata pemilihan Kuantan selepas pelancaran di Kuching, Sarawak Disember lalu merupakan sebahagian daripada strategi memperkenalkan pengalaman melancong yang mengujakan kepada warga Singapura serta pelancong antarabangsa.

Sementara itu Sharkar berkata Pahang akan mengadakan kempen “Revisit Pahang 2018” selepas kejayaan yang dicapai oleh negeri itu sepanjang kempen Tahun Melawat Pahang tahun lepas.

Beliau berkata berkata jumlah kehadiran pelancong ke negeri ini tahun lepas meningkat sebanyak 16 peratus dengan 14.8 juta pelancong berbanding 12.8 juta tahun sebelumnya dan keadaan itu meletakkan Pahang sebaris dengan destinasi pelancongan popular di negara ini. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Raja Permaisuri Agong Sempurnakan Pelancaran Kapal KD Tunku Laksamana Abdul Jalil

Raja Permaisuri Agong Sempurnakan Pelancaran Kapal KD Tunku Laksamana Abdul Jalil

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Raja Permaisuri Agong Raja, Zarith Sofiah berkenan berangkat ke Majlis Upacara Penamaan dan Pelancaran Kapal KD Tunku...

Kuching City FC Mohon Maaf Kepada Penyokong, Ucap Tahniah Kepada JDT

Kuching City FC Mohon Maaf Kepada Penyokong, Ucap Tahniah Kepada JDT

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kelab bola sepak Kuching City FC mengucapkan tahniah kepada pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) susulan keputusan perlawanan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd