• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Beza Pelaburan Di Negeri BN, Pembangkang

oleh AK-47
02/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SERENDAH – Kerajaan tidak pernah membezakan usaha membawa pelaburan ke negeri yang ditadbir Barisan Nasional (BN) mahu pun pembangkang, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata setiap pelaburan kerajaan adalah demi kesejahteraan rakyat dan negara termasuk di Pulau Pinang dan Selangor.

Menurut Ahmad Zahid, industri baharu yang diwujudkan di kawasan Serendah, Selangor untuk membangunkan Kilang Rawatan Permukaan Logam Metal bagi industri aeroangkasa adalah antara bukti kerajaan Persekutuan tidak pernah meminggirkan negeri dikuasai pembangkang.

“(Kawasan) industri ini dipunyai UMW Group, sebuah anak syarikat di bawah Permodalan Nasional Berhad (PNB). Ia merupakan satu usaha pihak swasta, PNB dan UMW sendiri.

“Jika ada pihak yang menyatakan bahawa ‘the influx of foreign direct investment’ (kemasukan besar-besaran pelaburan langsung asing) disebabkan oleh kuasa dan jawatan seseorang itu yang memerintah negeri yang tidak sama dengan pusat, maka hari ini bukti bukan usaha orang itu, bukan usaha tokoh itu yang bawa pelaburan sebanyak RM200 juta,” katanya.

Ahmad Zahid berkata demikian dalam ucapannya semasa merasmikan majlis pecah tanah kilang rawatan tersebut di UMW High Value Maunufacturing Park di sini, hari ini.

Hadir sama pada majlis itu ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P.Kamalanathan yang juga Anggota Parlimen Hulu Selangor.

Ahmad Zahid berkata pembangunan yang dibawa ke kawasan industri UMW High Value Manufacturing Park dilihat sebagai bukti bahawa kerajaan negeri boleh turut menumpang sama usaha yang dilaksanakan kerajaan Persekutuan.

“Jadi, jangan ada yang mendakwa usaha mereka bawa ‘foreign direct investment’ (pelaburan langsung asing) ini. Sepatutnya perusahaan seperti ini walaupun berteknologi tinggi perlu dibawa ke Jeli (kawasan Parlimen Mustapa) dan Bagan Datuk (kawasan Parlimen Ahmad Zahid).

“Tetapi ia menjadi satu kawasan yang ikonik di Hulu Selangor. Jadi saya harap anggota Parlimen dan Anggota Dewan Undangan Negeri di bawahnya memastikan tempat ini tidak terlepas ke tangan pihak lain,” katanya.

Dalam ucapannya, Timbalan Perdana Menteri juga berkata industri aeroangkasa merupakan industri baharu yang dilihat mempunyai potensi besar untuk menjana pendapatan kepada negara.

Ahmad Zahid berkata industri aeroangkasa menjana pendapatan sebanyak RM12.7 bilion pada 2016 dan membayar gaji kepada lebih 21,000 pekerja berkemahiran tinggi, berbanding RM12.2 bilion pada 2015 yang melibatkan lebih 200 syarikat dengan 20,000 tenaga mahir profesional.

“Perdagangan membabitkan produk aeroangkasa mencecah RM17.47 bilion. Produk aeroangkasa yang dieksport negara mencatatkan peningkatan sebanyak 32.6 peratus bersamaan RM5.53 bilion pada 2016,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata industri aeroangkasa perlu terus diberi penekanan kerana terdapat permintaan yang tinggi terhadap pembelian pesawat penerbangan dan aset pertahanan yang berkaitan dengannya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Harga Minyak Cecah Sekitar AS$115.55 Setong – Ahmad Zahid

Harga Minyak Cecah Sekitar AS$115.55 Setong – Ahmad Zahid

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Harga minyak mencecah sekitar AS$115.55 setong, manakala kos subsidi meningkat daripada RM700 juta kepada RM3.2 bilion dalam...

Usah Kongsi Isu Sentuh 3R – TPM Zahid

Usah Kongsi Isu Sentuh 3R – TPM Zahid

05/05/2024
0

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan rakyat supaya mengawal diri daripada menulis atau berkongsi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd