• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Berharap Agar Mayat Dapat Hidup Semula

oleh Ahmad Albab
01/02/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANDUNG – Sebuah keluarga sanggup hidup bersama mayat dua saudara yang sudah meninggal dunia dan mengeluarkan bau pelik, dengan harapan konon ia dapat hidup semula.

Penemuan luar biasa itu berlaku apabila seorang pegawai perubatan yang membuat kunjungan rutin memaklumkan pihak berkuasa, Neneng Hatidjah, 77, enggan membenarkan doktor itu masuk ke dalam rumahnya.

Apabila pihak berkuasa tempatan menyerbu masuk ke rumahnya di Cimahi, Jawa Barat, mereka menemui rangka suami dan anak perempuan Neneng, dibaluti kain dan dibaringkan dalam sebuah bilik.

Wanita itu menabur serbuk kopi di sekitar mayat dan polis berkata, mereka juga menemui berpuluh-puluh botol minyak wangi dalam rumah itu, yang terletak sejauh tiga jam perjalanan dari ibu kota Jakarta.

Rangka itu dikenal pasti sebagai suami Neneng, meninggal dunia Disember lalu pada usia 85 tahun, manakala anak perempuannya berusia 50 tahun, meninggal dunia dua tahun lalu.

Dua lagi anak Neneng yang turut menetap di rumah itu memberitahu polis, kedua-duanya meninggal akibat sakit, namun tidak menyempurnakan jasad itu dengan harapan mereka dapat dihidupkan semula.

“Katanya, warga emas itu mendengar bisikan, jika dia menjaga mayat itu dengan baik, mayat akan hidup semula,” kata jurucakap polis tempatan, Hari Suprapto kepada agensi berita AFP.

Warga emas itu bagaimanapun tidak didakwa, namun polis berkata, mereka sedang menyiasat jika wujud unsur khianat. – AFP/BH ONLINE

Tags: IndonesiaMayat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Nyawa Lelaki Di Indonesia Kurang Bernilai Ke?

Nyawa Lelaki Di Indonesia Kurang Bernilai Ke?

29/04/2026
0

KEMALANGAN keretapi di Bekasi baru-baru ini menyebabkan kematian 14 orang...dan Menteri Pemberdayaan Perempuan dan Perlindungan Anak Indonesia, Arifah Fauzi, tampil...

Indonesia Pertimbang Kenakan Bayaran Ke Atas Kapal Lalu Selat Melaka – Laporan

Indonesia Pertimbang Kenakan Bayaran Ke Atas Kapal Lalu Selat Melaka – Laporan

23/04/2026
0

INDONESIA sedang mempertimbangkan untuk memperkenalkan levi ke atas kapal komersial yang melalui Selat Melaka, lapor Anadolu Ajansi, memetik media tempatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd