• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mukhriz Tidak Layak Jadi Pemimpin – KJ

oleh AK-47
30/01/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin (KJ) terpaksa berterus terang ketika mengulas isu Mukhriz Mahathir tidak layak diberi gelaran pemimpin semata-mata kerana dia merupakan anak lelaki bekas Perdana Menteri Malaysia.

Justeru, jika Tun Mahathir Mohamad ada terbaca komen KJ ini dan masih mahu menonjolkan anaknya itu sebagai bakal Perdana Menteri jika pembangkang menang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), elok batalkan saja.

KJ berpendapat Mukhriz, yang pernah dikalahkan bagi merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO sedekad yang lalu, “tidak layak bergelar pemimpin”, berdasarkan komen terbaru ahli parlimen Jerlun itu.

Baru-baru ini media tempatan melaporkan Mukhriz, dalam ucapannya pada satu program di Baling, Kedah menyebut bahawa beliau terpaksa mengaku sebagai rakyat negara Brunei kerana mendakwa kepimpinan Malaysia telah mencemarkan imej negara di mata dunia.

Komen Mukhriz itu berjaya memanaskan politik Kedah sehingga isu ini diperbualkan secara meluas.

Walau begitu, realitinya adalah rata-rata menganggap komennya itu sebenarnya hanya mencerminkan ketidakmatangan beliau sebagai seorang pemimpin politik.

Justeru, KJ mengatakan bahawa kenyataan Timbalan Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu jelas menunjukkan beliau tidak layak diangkat sebagai pemimpin.

Katanya kenyataan Datuk Seri Mukhriz itu juga disifatkannya sebagai satu pendirian yang memalukan.

Menurut KJ, tindakan Mukhriz itu menunjukkan beliau langsung tidak mempunyai semangat kecintaan terhadap negara.

“Adakah calon seperti ini, yang malu mengaku sebagai warganegara Malaysia hendak kita angkat menjadi seorang pemimpin?

“Bagi saya itu adalah pendirian yang memalukan dan ia jelas menunjukkan bahawa beliau langsung tidak ada semangat mencintai negara.

“Pengundi harus menilai semula sama ada pemimpin seperti ini yang sanggup mengeluarkan kenyataan sedemikian,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program Pemimpin Bersama Rakyat Parlimen Parit Buntar di Sekolah Kebangsaan Titi Serong, pada Sabtu.

Hadir sama pada majlis itu ialah Naib Ketua Pemuda UMNO, Senator Khairul Azwan Harun.

Pada program, itu beliau meluluskan inisiatif bagi penambahbaikkan 6 padang futsal di seluruh Parlimen dengan peruntukkan sebanyak RM300,000. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Khairy JamaluddinMukhriz Mahathir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Sungai Buloh yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri R Ramanan menegaskan...

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

18/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin merakamkan penghargaan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd