• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sebenarnya.MY Catat Rekod Lebih 19 Juta ‘Hits’

oleh Ahmad Albab
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEJAK dilancarkan pada Mac tahun lalu, portal Sebenarnya.MY dibangunkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) merekodkan kira-kira 19 juta ‘hits’ setakat ini dengan purata 70,000 pelawat setiap hari.

Pengarah Kanan Bahagian Advokasi dan Jangkauan MCMC, Eneng Faridah Iskandar berkata ia perkembangan positif dalam usaha agensi tersebut menjadikan portal berkenaan sebagai pusat rujukan kesahihan berita yang tular.

“Kita mahu tambahkan bahan bersifat tempatan di peringkat daerah dan negeri dan tidak hanya fokus kepada berita atau isu berskala nasional sahaja.

“Kami juga sedang bekerjasama dengan 22 agensi kerajaan dan 100 organisasi lain yang sudi menjadi titik rujuk kesahihan berita yang tular,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau sebelum itu hadir pada majlis penutup Siri Jelajah Sebenarnya.MY di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Besar oleh Anggota Parlimen Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi.

Sehubungan itu, Eneng Faridah berkata pihaknya mengalu-alukan penyertaan setiap lapisan masyarakat dalam menyumbang berita ataupun aduan kepada portal berkenaan.

Sementara itu, Eneng Faridah berkata laporan berhubung media sosial yang diterima MCMC meningkat tiga kali ganda tahun lalu kepada 2,319 berbanding 742 aduan pada 2016.

Wilayah Tengah yang merangkumi Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya mencatatkan bilangan aduan tertinggi pada kedua-dua tahun iaitu 357 aduan pada 2016 dan 1,071 pada tahun lalu, katanya.

Siri Jelajah Sebenarnya.MY di SMK Sungai Besar adalah siri pertama daripada 24 siri jelajah yang telah dirancang sehingga Mac tahun ini.

Sementara itu, Budiman dalam ucapan menutup siri jelajah peringkat Sungai Besar tersebut, berkata generasi yang lahir pada tahun 1990-an, dikenali generasi strawberi di Taiwan, perlu diberi kesedaran agar tidak terjebak dengan perbuatan menyebarkan berita palsu menerusi Internet.

Katanya ini kerana generasi itu mempunyai kecenderungan yang tinggi untuk berbuat demikian tanpa memikirkan kesan dan akibatnya.

“Mereka merasa bangga jika dapat mendahului orang lain dalam penyebaran berita tanpa memikirkan impak daripada tindakan menularkan sesuatu berita tanpa rasa bersalah atau menilai kesahihannya sesebuah berita itu,” katanya. – BERNAMA

Tags: MCMC
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

MCMC Teliti Aduan Akaun WhatsApp Digodam, Disekat

MCMC Teliti Aduan Akaun WhatsApp Digodam, Disekat

25/09/2026
0

CYBERJAYA - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang meneliti aduan orang ramai berhubung akaun WhatsApp yang dilaporkan digodam, disekat...

MCMC Siasat Video Pementasan Tular Sentuh Institusi Raja, Malaysia dan Rukun Negara

MCMC Siasat Video Pementasan Tular Sentuh Institusi Raja, Malaysia dan Rukun Negara

19/09/2026
0

CYBERJAYA - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menjalankan siasatan berhubung sebuah video pementasan yang tular di media sosial dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd