• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Juarai Liga Perdana, Ganjaran RM1/2 Juta Untuk The Cops

oleh Ahmad Albab
27/01/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Persatuan Bola Sepak Polis Diraja Malaysia (PDRM FA) dijanjikan dengan pelbagai ganjaran termasuk bonus sebanyak setengah juta ringgit jika muncul juara dalam saingan Liga Perdana musim ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, ketika mengumumkannya berkata, insentif itu bertujuan menyuntik semangat pemain ‘The Cops’ untuk kembali semula bersaing di Liga Super musim depan selepas musim 2015.

“Malah bagi meningkatkan lagi keazaman pasukan, ketua jurulatih Zulhamizan Zakaria juga akan diberikan ganjaran sebanyak RM100,000 jika berjaya mencapai misi yang ditetapkan.

“Untuk musim ini, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim selaku Presiden PDRM FA juga akan dipastikan turun padang pada setiap aksi sama ada di tempat sendiri atau gelanggang lawan

“Beliau juga akan hadir menyaksikan sesi latihan,” katanya ketika melancarkan skuad dan jersi baharu PDRM FA bagi saingan Liga Perdana 2018 di sini semalam.

Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata sasaran menjuarai Liga Perdana bukan asing kepada pasukan itu kerana pernah muncul juara pada musim 2007 dan 2014.

Katanya, walaupun sekadar menghuni tangga kelapan musim lalu, beliau yakin susunan dan formula yang bakal diterap Zulhamizan selaku bekas pemain negara dan Pahang, skuad itu mampu melakukan kejutan besar tahun ini.

Timbalan Perdana Menteri turut meletakkan sasaran supaya skuad Sang Saka Biru itu muncul sebagai pasukan yang menggodol anugerah ‘Fair Play’ atas kapasiti imej kepolisan dalam pasukan itu sendiri.

Ahmad Zahid turut meletakkan ‘The Cops’ layak ke peringkat akhir Piala FA dan Piala Malaysia sebagai petunjuk prestasi utama (KPI) yang perlu dilunaskan oleh pemain, jurulatih dan pengurusan pasukan.

Berdasarkan kejayaan melangkah ke separuh akhir Piala Malaysia pada 2016 dan suku akhir Piala FA, sasaran ini tidak mustahil untuk direalisasikan, katanya.

Selain memilih Zulhamizan bagi menggantikan Mohd Fauzi Pilus, skuad PDRM turut diperkuatkan dengan empat pemain import baharu iaitu Petrisor Voinea dari Romania, Argzim Redzovic (Montenegro), Sim Woon Sub (Korea Selatan) dan Shunsuke Nakatake (Jepun). – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid HamidiSang Saka BiruThe Cops
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Harga Minyak Cecah Sekitar AS$115.55 Setong – Ahmad Zahid

Harga Minyak Cecah Sekitar AS$115.55 Setong – Ahmad Zahid

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Harga minyak mencecah sekitar AS$115.55 setong, manakala kos subsidi meningkat daripada RM700 juta kepada RM3.2 bilion dalam...

Usah Kongsi Isu Sentuh 3R – TPM Zahid

Usah Kongsi Isu Sentuh 3R – TPM Zahid

05/05/2024
0

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan rakyat supaya mengawal diri daripada menulis atau berkongsi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd