• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

APM Kuala Muda Kendali 1,150 Kes Tangkapan Ular

oleh Ahmad Albab
27/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUNGAI PETANI – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kuala Muda mengendalikan sejumlah 2,816 kes kecemasan sepanjang tahun lepas dengan 1,150 daripadanya adalah melibatkan kes tangkapan ular.

Pegawainya, Kapten Pertahanan Awam Azahar Ahmad berkata selain daripada kes tangkapan ular, terdapat 786 kes memusnahkan sarang serangga, 290 kes kemalangan jalan raya, 111 kes sakit, empat kes ribut, tiga kes lemas, dua kes pergaduhan, satu kes kemalangan di tempat kerja dan kira-kira 470 kes-kes lain.

“Bagi kes tangkapan ular, spesies ular yang lazimnya ditangkap termasuklah sawa dan tedung, kebanyakan ular bersaiz besar akan disimpan di rumah haiwan APM sebelum diserahkan kepada Jabatan Perhilitan dan tahun lepas antara ular terbesar ditangkap ialah tedung selar seberat 4 kilogram (kg).

“Bagi tahun ini, kita berjaya menangkap seekor ular jenis tedung selar sepanjang 3.5 meter yang beratnya kita-kira 10kg, di Bandar Sri Astana pada 22 Jan lepas, dan ia merupakan tangkapan terbesar setakat ini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Makan Malam APM Daerah Kuala Muda di DSA Cafe Jeti Semeling, malam tadi.

Pada majlis sama, beliau turut menyampaikan sijil penghargaan kepada 75 anggota susulan kejayaan mereka menjuarai perbarisan bagi kategori badan beruniform sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-60 peringkat daerah Kuala Muda, September tahun lepas.

Lima pengamal media yang aktif iaitu Rosnani Saad daripada Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Choo Tai Jie (Guang Ming Ribao), Siti Zubaidah Zakaraya (Sinar Harian), Nor Farhani Che Ad (Berita Harian/Harian Metro), dan Abdul Razak Osman (Utusan Malaysia/Kosmo), turut menerima sijil penghargaan daripada APM daerah Kuala Muda. – BERNAMA

Tags: APMular
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Setiap Kali Harga Diesel Naik 80 Sen Tak Lebih Tak Kurang, Eh, Biar Betul…” – Ka Siong

‘Setiap Kali Harga Diesel Naik 80 Sen Tak Lebih Tak Kurang, Eh, Biar Betul…” – Ka Siong

26/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong menyifatkan kenaikan harga diesel sebanyak tiga kali pada...

Penyamaran Hampir Sempurna: Awas ‘Ular Kapak’ Di Laluan Hutan

Penyamaran Hampir Sempurna: Awas ‘Ular Kapak’ Di Laluan Hutan

03/02/2026
0

Aktiviti mendaki bukit atau merentas hutan sememangnya memberi ketenangan dan kepuasan tersendiri. Namun, di sebalik keindahan alam, terdapat risiko yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd