• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Pulau Pinang Tumpas Geng Jual Kereta Klon

oleh AK-47
26/01/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BALIK PULAU – Polis berjaya menumpaskan geng Jeff Klon yang aktif menjalankan kegiatan menjual kereta klon selepas menahan lapan lelaki dan merampas lima kenderaan bernilai RM150,000 dalam beberapa serbuan di Pulau Pinang serta Kedah.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt A.A Anbalagan berkata bertindak hasil maklumat dan risikan yang dijalankan, polis berjaya menahan seorang lelaki berusia 43 tahun bekerja sebagai ejen penarik kereta di kawasan perindustrian Bayan Lepas, dekat sini pada 20 Jan lepas kira-kira pukul 6.15 petang.

“Susulan penahanan suspek yang merupakan dalang utama sindiket kereta klon itu, polis berjaya menahan tujuh lagi lelaki yang merupakan anggota geng berkenaan berusia 33 hingga 56 tahun di Pulau Pinang serta Kedah sejak 21 Jan hingga semalam.

Hasil soal siasat ke atas lapan lelaki itu, polis merampas lima kenderaan antaranya Toyota Estima, Toyota Camry, Honda Accord, Nissan Sentra dan Proton Waja yang nombor casis serta nombor enjin telah dikikis,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata berdasarkan siasatan, tiga buah kereta yang dirampas itu tidak dapat dikenal pasti pemilik asalnya dan dipercayai dibawa masuk daripada negara jiran kerana ia tiada dalam rekod sistem Jabatan Pengangkutan Jalan manakala dua lagi telah dikenal pasti pemiliknya.

Anbalagan berkata sindiket itu dipercayai menyeludup dan memperoleh kereta dari negara jiran atau menggunakan kenderaan yang pemiliknya gagal membuat pembayaran pinjaman serta telah disenarai hitam oleh pihak bank.

“Bagi mengelak daripada dikesan oleh pihak berkuasa, sindiket itu akan mencari jenis dan modl (ubahsuai) kereta yang sama atau sedia ada di jalan raya untuk diklon dengan kenderaan yang diperoleh serta menjualnya dengan harga yang murah.

Sebagai contoh, Toyota Estima yang dirampas itu dijual dengan harga RM30,000 sahaja.Malah berdasarkan siasatan mereka turut menggunakan kenderaan klon berkenaan untuk kegiatan jenayah seperti samun dan pengedaran dadah,” katanya.

Katanya empat daripada lapan lelaki berkenaan mempunyai rekod lampau berkaitan dadah serta jenayah dan semua mereka yang bekerja sebagai ejen penarik kenderaan, mekanik dan peniaga itu kini direman bagi membantu siasatan.

Sementara itu, beliau berkata polis juga sedang mengesan dua lelaki yang juga dalang utama sindiket berkenaan iaitu seorang ejen penarik kereta berusia 41 tahun dan memang dikehendaki polis bersabit kes pengedaran dadah.

Manakala seorang lagi elaki berusia 30 tahun, juga ejen penarik kereta dan kedua-dua mereka berasal dari Pulau Pinang, katanya. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tak Bolehkah Sementara Bantu Anak Melayu Bumiputera Kita Bantu Juga Anak Kita Yang Lain? – PM Anwar

Tak Bolehkah Sementara Bantu Anak Melayu Bumiputera Kita Bantu Juga Anak Kita Yang Lain? – PM Anwar

23/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bantuan kepada rakyat tidak seharusnya dilihat dari sudut kaum semata-mata,...

PM Anwar Seru Golongan Majoriti Selamatkan Malaysia – “Minoriti Yang Bising, Marah, Berhimpun, Tanam Kebencian, Fitnah”

PM Anwar Seru Golongan Majoriti Selamatkan Malaysia – “Minoriti Yang Bising, Marah, Berhimpun, Tanam Kebencian, Fitnah”

23/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Anwar Ibrahim menggesa golongan majoriti rakyat negara ini bangkit menyelamatkan Malaysia daripada kelompok kecil yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd