• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PDRM, JBPM Sain Nota Kerjasama Siasat Kebakaran

oleh AK-47
26/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menyaksikan majlis menandatangani nota kerjasama di antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam siasatan kebakaran.

Nota kerjasama itu ditandatangani Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dan Ketua Pengarah JBPM Datuk Seri Wan Mohd Nor Ibrahim di Maktab PDRM di sini.

Melalui kerjasama tersebut, semua siasatan kes kebakaran yang dilaksana PDRM diserahkan kepada JBPM berkuat kuasa hari ini.

Bagaimanapun, sekiranya hasil siasatan oleh JBPM mendapati kejadian kebakaran mempunyai unsur jenayah, jabatan itu akan melapor dan menyerahkan laporan siasatan kepada PDRM supaya siasatan lanjut dari sudut jenayah dapat dilakukan.

Ahmad Zahid dalam ucapannya pada majlis itu berkata nota kerjasama pintar berkenaan akan memberi impak yang tinggi terutama dari segi mengurangkan jangka masa siasatan selain mengelak pertindihan tugas kedua-dua agensi.

Ahmad Zahid berkata kerjasama itu memecahkan kerja bersifat silo kedua-dua agensi berkenaan selama ini sehingga berlaku kelewatan dalam menyelesaikan kes kebakaran.

Katanya, 3,901 kertas siasatan kes kebakaran dibuka PDRM sejak tiga tahun lepas namun 477 kes tertangguh dan belum selesai.

“Ketika itu, bomba bergantung kepada PDRM, PDRM bergantung kepada bomba. Mudah-mudahan dengan kerjasama ini, ia (siasatan kes kebakaran) dapat dimuktamadkan segera.

“Siasatan konklusif dapat dilakukan, masing-masing (PDRM dan JBPM) tidak lagi boleh main tarik tali siapa lebih berkuasa dan siapa yang ada bidang kuasa yang lebih dalam soal ini,” tegasnya.

Beliau sekali gus meminta kementerian, jabatan dan agensi lain supaya mencontohi PDRM dan JBPM dalam melaksanakan kerjasama pintar ke arah memberi khidmat lebih baik kepada rakyat.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri, mahu hanya seorang jurucakap mewakili agensi-agensi yang terlibat dalam pengurusan bencana ditugaskan memberi kenyataan media bagi mengelak kekeliruan maklumat kepada orang ramai.

“Ini supaya kenyataan selaras dan rakyat tidak keliru,” kata timbalan perdana menteri sambil menambah sebarang maklumat rahsia juga tidak harus didedahkan kepada umum.

Setelah menyaksikan majlis menandatangani nota kerjasama itu, Ahmad Zahid menyempurnakan majlis pelancaran PDRM Night Run 2018 pada 17 Mac ini di Dataran Merdeka sempena Hari Polis ke-211. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid HamidiJBPMPDRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Video Tular Perlekeh Polis Elak Sekatan Jalan Raya: PDRM Buka Kertas Siasatan

Video Tular Perlekeh Polis Elak Sekatan Jalan Raya: PDRM Buka Kertas Siasatan

26/04/2026
0

KOTA BHARU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan susulan penularan satu rakaman video di media sosial yang didakwa memperlekehkan...

PDRM Tidak Campur Urusan Adat Negeri Sembilan, Pantau Provokasi Dan Hasutan di Media Sosial

PDRM Tidak Campur Urusan Adat Negeri Sembilan, Pantau Provokasi Dan Hasutan di Media Sosial

20/04/2026
0

SEREMBAN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan mencampuri sebarang urusan berkaitan agama dan adat resam serta peruntukan-peruntukan yang termaktub...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd