• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suu Kyi ‘Tiada Kepemimpinan Moral’ – Diplomat AS

oleh Ahmad Albab
26/01/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

YANGON – Diplomat Amerika Syarikat (AS), Bill Richardson semalam meletak jawatan daripada panel diwujudkan pemimpin de facto Myanmar, Aung San Suu Kyi berhubung isu Rohingya.

Richardson juga menyelar pemegang anugerah Nobel Keamanan itu sebagai ‘tiada kepemimpinan moral’ dalam menangani krisis pelarian Rohingya.

Dalam kenyataannya, bekas gabenor AS yang juga penyokong Suu Kyi secara terbuka berkata, dia tidak dapat berkhidmat dalam jawatankuasa itu yang cuma bertujuan memberi gambaran indah di sebalik realiti krisis itu.

Puluhan ribu Rohingya meninggalkan kampung halaman mereka di negeri Rakhine di Myanmar susulan operasi tentera di wilayah berkenaan.

“Lembaga itu nampaknya sekadar skuad penyokong polisi kerajaan tanpa bertindak mencadangkan perubahan dasar sepatutnya yang diperlukan untuk memastikan keamanan, kestabilan serta pembangunan di Rakhine.

“Saya terkejut dengan penghinaan terhadap media, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), kumpulan hak asasi manusia serta masyarakat antarabangsa selain bimbang dengan ketidakjujuran dalam semua perbincangan membabitkan kewarganegaraan Rohingya,” katanya.

Richardson turut menyelar Suu Kyi yang marah dengan gesaannya untuk pembebasan dua wartawan agensi berita Reuters, Wa Lone, 31, dan Kyaw Soe Oo, 27.

Kedua-dua mereka ditahan ketika melaporkan krisis Rohingya dan kini berdepan hukuman penjara 14 tahun.

Pengunduran Richardson juga berlaku beberapa hari selepas Myanmar dan Bangladesh gagal memulakan proses penghantaran pulang Rohingya pada 23 Januari lalu seperti dijadualkan. – AFP/myMetro Online

Tags: Aung San Suu KyiRohingya
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Video Penduduk Tempatan Halau Komuniti Rohingya Viral

Video Penduduk Tempatan Halau Komuniti Rohingya Viral

03/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Tular sebuah video di media sosial memaparkan sekumpulan penduduk tempatan menghalau komuniti Rohingya di Kampung Pandan, dipercayai...

Lelaki Rohingya Rogol Gadis 14 Tahun Diarah Ke Sekolah Henry Gurney

Lelaki Rohingya Rogol Gadis 14 Tahun Diarah Ke Sekolah Henry Gurney

03/12/2024
0

SEREMBAN - Seorang lelaki Rohingya bawah umur diperintahkan untuk dihantar ke Sekolah Henry Gurney di Melaka oleh Mahkamah Sesyen di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd