• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Laksanakan Peruntukan Wasiat Raja-Raja Melayu

oleh Ahmad Albab
25/01/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan disaran melaksanakan sepenuhnya semua peruntukan dalam Wasiat Raja-Raja Melayu yang dimeterai semua Raja-Raja Melayu pada 5 Ogos 1957, untuk semua kelompok masyarakat di negara ini.

Pengerusi Biro Ekonomi, Majlis Perundingan Melayu (MPM), Hasan Hamzah berkata wasiat tersebut bukan untuk melindungi kepentingan kaum Bumiputera sahaja, sebaliknya mewakili kepentingan semua pihak dan kaum di negara ini.

“Wasiat itu merangkumi semua aspek atau parameter utama kemakmuran, baik aspek keagamaan, pendidikan, ekonomi, keselamatan dan lain-lain. Maka pelaksanaannya pasti akan mewujudkan kehidupan masyarakat majmuk ini dengan lebih sejahtera, makmur dan berkualiti tinggi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Hasan berkata, kerajaan bersama Jabatan Istana negeri-negeri disaran memberi taklimat kepada semua pemimpin kerajaan atau pembangkang supaya mereka dapat memahami dan menghayati isi kandungan semua wasiat itu.

“Tidak kira apa juga fahaman atau ideologi politik mereka, semuanya bertanggungjawab melaksanakan atau memastikan kesemua wasiat itu dilaksanakan sepenuhnya,” kata beliau.

Menurut Hasan, MPM juga akan menganjurkan kempen penerangan supaya semua lapisan masyarakat mengetahui, memahami dan menghayati wasiat itu.

Beliau berkata masyarakat seharusnya bersepakat menolak sebarang usaha mengeksploitasi suasana politik semasa untuk tujuan mengambil kesempatan.

“Kita semua cintakan kedamaian. Maka semua pihak usah cuba membuat pelbagai tuntutan. Lebih-lebih lagi tuntutan tidak munasabah yang boleh mencemari keharmonian dan kedamaian yang kita semua inginkan,” katanya. – BERNAMA

Tags: MPMwasiat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Cadangan Buka Sempadan MPN Hasil Persetujuan Bersama

18/02/2022
0

Pontian : Cadangan Majlis Pemulihan Negara (MPN) mengenai pembukaan semula sempadan dibuat hasil persetujuan bersama dan bukannya keputusan sendiri, kata...

MPM Serah Memorandum Selamatkan Negara Kepada Agong

28/02/2020
0

KUALA LUMPUR - Keputusan untuk membubarkan Parlimen bukan langkah terbaik untuk menangani kemelut politik negara pada masa kini, demikian pendapat ahli...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd