• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Piala Liga: Arsenal Singkir Chelsea, Wenger Fokus

oleh Ahmad Albab
25/01/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENGURUS Arsenal mengakui kemenangan 2-1 ke atas Chelsea menunjukkan mereka sudah boleh menerima kenyataan dengan ketiadaan Alexis Sanchez.

Arsene Wenger memberitahu ketiadaan penyerangnya itu yang berpindah ke Manchester United dapat diatasi dengan baik oleh pemain-pemainnya yang lain.

Arsenal yang kehilangan rentak sejak beberapa minggu lalu kembali bangkit menyingkir skuad Antonio Conte pada saingan separuh akhir Piala Liga awal pagi Khamis.

Kemenangan tersebut menyaksikan kelab kendalian Wenger itu bakal bertemu Manchester City di pentas akhir pada 25 Februari ini.

“Saya yakin kami telah membayar dengan harga yang mahal pada Januari.

“Kini kami bangkit dengan keadaan yang lebih jelas. Kami sedar apa yang perlu dilakukan. Kami fokus terhadap perlawanan,” jelasnya.

Dalam masa sama, Wenger menegaskan ada perkara yang masih belum selesai.

“Ia satu yang belum selesai kerana kami belum memenanginya.

“Kami berada di final, boleh membawa penyokong ke sana. Inilah yang kami mahu dan menang.

“Apabila anda berada di pentas akhir, pastinya anda ingin menang. Tetapi kami akan bertemu dengan lawan yang kuat.

“Tugas berat sedang menanti sebelum final kerana kami ini berada dalam empat kelompok terbaik Liga Perdana,” ujarnya yang kini berada di kedudukan keenam dengan 42 mata. – mStar Online

Tags: ArsenalChelsea
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan China ‘Pangkah’ Ozil

16/12/2019
0

BEIJING - Gara-gara menyatakan sokongan terhadap etnik Uighur di Xinjiang, stesen penyiaran kerajaan China, CCTV menarik balik siaran langsung perlawanan...

Ozil Kritik Umat Islam Abaikan Etnik Uighur

14/12/2019
0

BINTANG Arsenal, Mesut Özil mendakwa umat Islam hanya berdiam diri ketika etnik minoriti Uighur di Xinjiang ditindas di bawah kerajaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd