• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelaburan PPBN Demi Masa Depan Bola Sepak Negara

oleh AK-47
25/01/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin percaya pelaburan tinggi dalam Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN) adalah berbaloi dalam usaha meletakkan skuad negara setanding dengan pasukan terkemuka dunia.

Beliau mengambil contoh pasukan Vietnam iaitu finalis Kejohanan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) B-23 adalah hasil usaha pembangunan akar umbi yang dilakukan dalam jangka masa panjang oleh negara berkenaan.

Semalam, Vietnam mengalahkan Qatar 4-3 dalam penentuan penali selepas terikat 2-2 pada aksi separuh akhir Kejohanan AFC B-23 di Changzhou, China.

Vietnam akan berdepan dengan Uzbekistan pada final Sabtu ini.

Uzbekistan layak ke final selepas membenam Korea Selatan 4-1 pada satu lagi aksi separuh akhir semalam.

“Vietnam yang tidak pernah kita ramalkan boleh tewaskan pasukan hebat tetapi mereka berjaya tewaskan Iraq pada suku akhir dan Qatar pada separuh akhir. Kalau Vietnam boleh buat, kita juga boleh,” katanya ketika berucap di majlis menandatangani perjanjian penajaan syarikat BDB Land bagi PPBN, di sini hari ini.

Sementara itu, pada majlis tersebut pihak PPBN telah menerima penajaan daripada BDB Land iaitu syarikat pembangunan hartanah yang bertanggungjawab membangunkan Bandar Darulaman di Jitra, Kedah.

BDB Land merupakan anak syarikat Bina Darulaman Berhad adalah penaja baharu program PPBN di Zon Kedah yang akan memanfaatkan 1,200 pemain.

Menurut Khairy, penajaan itu membantu dalam segi kos operasi di sembilan pusat latihan di negeri itu.

“Secara keseluruhan terdapat 126 pusat latihan di seluruh negara, setiap pusat latihan secara puratanya memerlukan kos operasi RM120,000 setahun. Sebahagian besar datang daripada peruntukan kerajaan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Khairy berkata Akademi Bola Sepak Mokhtar Dahari (AMD) di Gambang, Kuantan, akan siap sepenuhnya dalam tempoh dua hingga tiga bulan lagi.

“Progres pembinaan (AMD) sudah mencapai 98 peratus, esok saya akan membuat lawatan untuk meninjau kerja-kerja yang belum dapat dilaksanakan,” katanya.

AMD bakal menempatkan pemain remaja terbaik negara berusia dari 13 hingga 17 tahun – BERNAMA

Tags: Khairy Jamaluddin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Sungai Buloh yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri R Ramanan menegaskan...

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

18/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin merakamkan penghargaan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd