• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Petros Mahu Teroka Bidang, Teknologi Baharu

oleh AK-47
25/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Syarikat minyak dan gas milik penuh kerajaan negeri Sarawak yang baru ditubuhkan, Petroleum Sarawak Bhd (Petros), akan meneroka bidang baharu dan menguasai teknologi baharu dalam usahanya untuk menjadi antara pemain cergas dalam industri minyak dan gas dalam masa dua tahun.

Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata dengan teknologi baharu, bidang hidrokarbon boleh diprofilkan menerusi data relevan yang dikumpulkan dan dianalisiskan dengan keupayaan Kecerdasan Buatan (AI).

Oleh kerana semua ahli lembaga Petros adalah orang tempatan yang berkhidmat dengan Petronas dan Shell sebelum ini, beliau yakin syarikat itu mempunyai keupayaan untuk meneroka rizab Sarawak, terutamanya di lapangan minyak kecil di mana syarikat besar seperti Shell atau Exxon enggan meneroka kawasan itu.

“Kita mempunyai keupayaan, tenaga kerja mahir yang boleh mengenal pasti teknologi relevan terkini yang diperlukan.

“Kita mempunyai lapangan minyak dan banyak lagi keperluan lain, termasuk kepeluan ekonomi digital. Kita perlu berani. Berani untuk meneroka dan mencuba teknologi baharu,” katanya semasa upacara pindahan substruktur dan bahagian topside E6 DP-A di tapak Brooke Dockyard and Engineering Corporation di Sejingkat, di sini, hari ini.

Kontrak itu adalah bagi memasang siap 1,450 tan bahagian topside dan 1,500 tan jacket bagi Projek Pembangunan Lapangan E6 yang diberikan kepada Brooke Dockyard pada 5 Sept, 2016, dan hari ini merupakan satu pencapaian penting dengan penyiapan bagi Projek Pembangunan Lapangan E6 masing-masing dalam tempoh 12 bulan dan 10 bulan.

E6 ialah lapangan minyak dan gas yang terletak di 180 kilometer di luar pantai Miri dengan kedalaman 70 meter dan pembangunan lapanganya merupakan sebahagian daripada kontrak perkongsian pengeluaran SK308 yang diberikan oleh Petronas kepada Sarawak Shell Bhd (50 peratus, pengendali) dan Petronas Carigali Sdn Bhd (50 peratus). – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mekah Terus Dikawal Dengan Sistem Pertahanan Udara Ultra Moden

Mekah Terus Dikawal Dengan Sistem Pertahanan Udara Ultra Moden

24/05/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  ARAB SAUDI sekali lagi menunjukkan tahap kesiapsiagaan luar biasa menjelang musim Haji 2026 apabila Kementerian Pertahanannya menayangkan video...

ATM Junjung Titah Tengku Mahkota Pahang, Perkukuh Penyelarasan Latihan Ketenteraan

ATM Junjung Titah Tengku Mahkota Pahang, Perkukuh Penyelarasan Latihan Ketenteraan

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menjunjung kasih atas keprihatinan serta titah Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd