• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Majlis Perbandaran, Daerah Perak Diarah Periksa Flat

oleh AK-47
25/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Kerajaan negeri Perak mengarahkan majlis perbandaran dan majlis daerah di negeri ini supaya memeriksa dan memantau semua kediaman bertingkat di kawasan masing-masing untuk mengelak kejadian tidak diingini daripada berlaku.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir langkah itu diambil susulan kejadian kerusi dilemparkan dari tingkat atas Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Pantai, Pantai Dalam di Kuala Lumpur sehingga menyebabkan kematian seorang remaja lelaki berusia 15 tahun.

“Meskipun kita (Perak) tidak mempunyai ratusan rumah bertingkat, flat dan kondominium tinggi tapi kita tetap ambil langkah-langkah (berjaga) bagi pastikan ia tidak berlaku di negeri ini.

“Kejadian baling kerusi di Kuala Lumpur itu menjadi bukti kepada masalah keprihatinan kawasan perumahan tinggi yang menyebabkan berlaku masalah seperti itu. Yang malangnya, ia menyebabkan nyawa remaja terkorban,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang berita selepas menyaksikan majlis menandatangani Kepala Perjanjian antara Animation Theme Park Sdn Bhd (ATP) yang menerajui Movie Animation Theme Park Studios (MAPS) dengan Only World Group Holdings Berhad (OWG) di sini, hari ini.

Pada 15 Jan lepas, S. Sathiwaran, pelajar Tingkatan Ttiga di sebuah sekolah menengah di Petaling Jaya, maut akibat kecederaan parah di kepala setelah dihempap sebuah kerusi yang dilemparkan dari tingkat atas Blok 102 PPR Seri Pantai.

Sementara itu, Zambry meminta semua pusat tahfiz dan sekolah agama di negeri ini menerima dengan positif langkah pemeriksaan keselamatan yang dijalankan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) kerana ia dilakukan bagi menjamin keselamatan pelajar-pelajar di pusat berkenaan.

“…buat pemeriksaan terlebih dahulu di premis berkenaan dan kemudian pihak bomba akan duduk dan berbincang dengan mereka tentang langkah-langkah memenuhi kriteria keselamatan yang ditetapkan. Lebih penting kita mahu mendidik mereka, bukan menghukum,” katanya.

Beliau diminta mengulas kenyataan Pengarah JBPM Perak Datuk Yahaya Madis semalam berhubung 50 peratus daripada 146 pusat tahfiz yang diperiksa JBPM Perak pada tahun lepas didapati tidak selamat termasuk tidak mematuhi pendawaian dan laluan keluar masuk. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mekah Terus Dikawal Dengan Sistem Pertahanan Udara Ultra Moden

Mekah Terus Dikawal Dengan Sistem Pertahanan Udara Ultra Moden

24/05/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  ARAB SAUDI sekali lagi menunjukkan tahap kesiapsiagaan luar biasa menjelang musim Haji 2026 apabila Kementerian Pertahanannya menayangkan video...

ATM Junjung Titah Tengku Mahkota Pahang, Perkukuh Penyelarasan Latihan Ketenteraan

ATM Junjung Titah Tengku Mahkota Pahang, Perkukuh Penyelarasan Latihan Ketenteraan

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menjunjung kasih atas keprihatinan serta titah Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd