• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tunggu Laporan DNA Kerusi Hempap Remaja

oleh Ahmad Albab
24/01/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis masih menunggu laporan keputusan ujian Asid Deosiribonukleik (DNA) yang terdapat pada kerusi yang dilempar dari tingkat atas Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Pantai, Pantai Dalam di sini hingga menyebabkan kematian seorang remaja lelaki pada 15 Jan lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Rusdi Mohd Isa berkata pihaknya akan membandingkan keputusan DNA pada kerusi itu dengan sampel DNA yang telah dikumpulkan.

Beliau berkata sehingga kini, pihaknya telah memanggil 43 orang membantu siasatan kes itu.

“Kita jangka dapat menyelesaikan kes itu dalam masa terdekat,” katanya kepada pemberita selepas majlis Perjumpaan Ulung Ketua Polis Negara Bersama Semua Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri dan Daerah serta pelancaran Buku Panduan Penyiasatan Jenayah di sini, hari ini.

Beliau berkata pihaknya juga telah menjalankan siasatan awal dan analisis tekanan suara VSA terhadap lima individu, yang disenarai pendek daripada jumlah individu yang dipanggil itu, tetapi hasilnya negatif.

“Orang ramai diminta memberikan maklumat sekiranya melihat individu yang mencurigakan bagi membantu polis menjalankan siasatan kes itu,” katanya.

Dalam kejadian 8.10 malam di Blok 102 PPR Seri Pantai, S. Sathiswaran,15, maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepalanya setelah dihempap kerusi itu. – BERNAMA

Tags: kerusi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Keputusan Speaker Tak Kosongkan Kerusi Bukan Didorong Kerajaan’

‘Keputusan Speaker Tak Kosongkan Kerusi Bukan Didorong Kerajaan’

13/07/2024
1

Keputusan mengekalkan kedudukan enam bekas ahli Parlimen Bersatu oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul tidak didorong oleh...

PRN: 34 Kerusi Jadi Tumpuan, Penentu Parti Bentuk Kerajaan

PRN: 34 Kerusi Jadi Tumpuan, Penentu Parti Bentuk Kerajaan

24/06/2023
0

SHAH ALAM - Gelanggang pilihan raya negeri (PRN) di Selangor tidak lama lagi bakal menyaksikan perhatian ramai tertumpu kepada kempen...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd