• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tunggu Laporan DNA Kerusi Hempap Remaja

oleh Ahmad Albab
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis masih menunggu laporan keputusan ujian Asid Deosiribonukleik (DNA) yang terdapat pada kerusi yang dilempar dari tingkat atas Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Pantai, Pantai Dalam di sini hingga menyebabkan kematian seorang remaja lelaki pada 15 Jan lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Rusdi Mohd Isa berkata pihaknya akan membandingkan keputusan DNA pada kerusi itu dengan sampel DNA yang telah dikumpulkan.

Beliau berkata sehingga kini, pihaknya telah memanggil 43 orang membantu siasatan kes itu.

“Kita jangka dapat menyelesaikan kes itu dalam masa terdekat,” katanya kepada pemberita selepas majlis Perjumpaan Ulung Ketua Polis Negara Bersama Semua Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri dan Daerah serta pelancaran Buku Panduan Penyiasatan Jenayah di sini, hari ini.

Beliau berkata pihaknya juga telah menjalankan siasatan awal dan analisis tekanan suara VSA terhadap lima individu, yang disenarai pendek daripada jumlah individu yang dipanggil itu, tetapi hasilnya negatif.

“Orang ramai diminta memberikan maklumat sekiranya melihat individu yang mencurigakan bagi membantu polis menjalankan siasatan kes itu,” katanya.

Dalam kejadian 8.10 malam di Blok 102 PPR Seri Pantai, S. Sathiswaran,15, maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepalanya setelah dihempap kerusi itu. – BERNAMA

Tags: kerusi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Melaka: BN Pilih PN Atau PH?

PRN Melaka: BN Pilih PN Atau PH?

09/08/2026
0

MELAKA - Perkembangan politik semasa mennyaksikan Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) masing-masing mengharapkan kerjasama Barisan Nasional (BN) bagi...

BN Terbuka Runding Kerusi Dengan PN Hadapi PRN Melaka – Zahid

BN Terbuka Runding Kerusi Dengan PN Hadapi PRN Melaka – Zahid

08/08/2026
0

KUDAT - Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan BN masih terbuka kepada rundingan pengagihan mahupun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd