• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Perlu Lebih Banyak Pakar Filologi

oleh AK-47
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia memerlukan lebih ramai pakar filologi untuk mengkaji lebih mendalam manuskrip dan teks klasik Melayu dalam usaha memulihara sumber sejarah negara.

Pengerusi Yayasan Karyawan Malaysia Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata terdapat ribuan manuskrip Melayu dalam tulisan Jawi yang menjadi sumber himpunan pengetahuan mengenai sejarah, tadbir urus, kesusasteraan, bahasa, kesenian dan perubatan.

Beliau berkata setakat ini yayasan itu telah menerbitkan 21 teks klasik Melayu namun cabarannya ialah mendapatkan sarjana yang pakar dalam filologi.

“Manuskrip terbabit perlu dikaji memandangkan ia merupakan manifestasi warisan intelektual Melayu yang hebat.

“Sehubungan itu, langkah harus diambil dari sekarang untuk melahirkan lebih ramai pakar filologi sebagai satu perkara berkepentingan negara. Di samping itu, kajian terhadap manuskrip Melayu akan menghidup dan menjana minat terhadap skrip Jawi,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran bukunya bertajuk ‘The Remembered, Preserved and Imagined Past – My Heritage Memoirs’, di sini hari ini.

Buku itu dilancarkan oleh bekas Ketua Polis Negara Tun Mohammed Hanif Omar. – BERNAMA

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Sangat Kecewa, Tapi Kami Akan Terus Mengharunginya – Yana

Najib Sangat Kecewa, Tapi Kami Akan Terus Mengharunginya – Yana

14/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak sangat kecewa selepas Mahkamah Tinggi hari ini menolak...

Kerajaan Mansuh 5 Skim Perkhidmatan Penerbangan Berkuat Kuasa 1 Oktober, Tiada Lagi Pelantikan Baharu

Kerajaan Mansuh 5 Skim Perkhidmatan Penerbangan Berkuat Kuasa 1 Oktober, Tiada Lagi Pelantikan Baharu

14/10/2026
0

PUTRAJAYA - Kerajaan memansuhkan lima skim perkhidmatan berkaitan sektor penerbangan susulan perubahan status Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) berkuat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd