• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Maklumat Wang RM50 Juta Tak Disiar Dalam Utusan

oleh AK-47
24/01/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa maklumat mengenai wang RM50 juta, yang didakwa diberikannya kepada peguam Karpal Singh, kononnya bagi menyogok hakim dan pendakwa raya tidak dinyatakan secara spesifik dalam mana-mana tiga artikel akhbar Utusan Malaysia.

Anwar, 71, bekas Ketua Pembangkang yang menyambung keterangannya hari ini berkata beliau bagaimanapun memperoleh maklumat mengenai wang RM50 juta daripada Karpal Singh.

“Mendiang Karpal memperoleh maklumat mengenai RM50 juta itu menerusi berita yang disiarkan dalam Buletin Utama TV3 pada 2 Ogos 2013 dan perkara tersebut dirujuk kepada saya.

“Kami kemudian berbincang mengenai perkara itu sebelum mendiang membuat draf dan membuat laporan polis berhubung dakwaan berkenaan,” katanya yang turut memaklumkan kepada mahkamah bahawa laporan berita dalam akhbar Utusan hanya merujuk kepada dakwaan rasuah.

Anwar, selaku plaintif dalam kes saman fitnah itu berkata demikian ketika pemeriksaan balas peguam Azhar Arman Ali yang mewakili akhbar itu dalam perbicaraan kes samannya terhadap Datuk Dr Mazlan Ismail, TV3 dan Utusan Melayu atas dakwaan mengaitkannya terlibat dengan rasuah membabitkan badan kehakiman dan Pejabat Peguam Negara.

Anwar yang juga Ketua Umum Pakatan Harapan berkata beliau tidak bersetuju dengan saranan Azhar bahawa penerbitan artikel berunsur fitnah dalam akhbar Utusan tidak memberi impak kepada kerjayanya sebagai ahli politik.

Pada 15 Oktober 2015, Anwar yang diwakili peguam Sangeet Kaur memfailkan saman selepas mendakwa Mazlan telah menyebabkan TV3 menyiarkan perkataan fitnah menerusi Buletin Utama pada 8 malam, 2 Ogos 2013 dan mendakwa Mazlan juga menyebabkan perkataan fitnah itu diterbitkan dii akhbar Utusan Malaysia bertarikh 3 Ogos 2013.

Beliau mendakwa Mazlan mengadakan persidangan media yang mengandungi perkataan fitnah serius dan berniat jahat membawa maksud beliau seorang yang tidak beretika, terlibat dalam rasuah, melakukan aktiviti berunsur jenayah, tidak jujur dan tidak bermoral.

Anwar menuntut ganti rugi am, teruk, dan teladan serta perintah injunksi yang menghalang defendan daripada mengulangi atau menyiarkan semula perkataan fitnah itu.

Perbicaraan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Faizah Jamaludin bersambung Khamis ini. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Anwar Ibrahim
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Ucap Selamat Ulang Tahun Kelahiran Ke-101 Buat Tun Dr Mahathir

PMX Anwar Ucap Selamat Ulang Tahun Kelahiran Ke-101 Buat Tun Dr Mahathir

10/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran yang ke-101 buat Tun Dr Mahathir...

Lebih Selamat, Lebih Baik, Lebih Berintegriti Berkawan Dengan DAP Daripada Parti Cina Mereka – PMX Anwar

Lebih Selamat, Lebih Baik, Lebih Berintegriti Berkawan Dengan DAP Daripada Parti Cina Mereka – PMX Anwar

10/07/2026
0

JOHOR BAHRU - "Lebih selamat, lebih baik, lebih berintegriti berkawan dengan DAP daripada parti Cina mereka" Demikian penegasan Perdana Menteri,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd