• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bomba Sarawak Periksa 27 Pusat Tahfiz Tahun Lepas

oleh AK-47
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak telah melaksanakan pemeriksaan keselamatan ke atas 27 pusat tahfiz di seluruh negeri antara hujung September dan Disember tahun lepas, termasuk 19 pusat tahfiz persendirian yang tidak berdaftar.

Pengarah JBPM Sarawak Nor Hisham Mohammad berkata lapan notis dikeluarkan kepada pengendali tahfiz berhubung pelbagai isu keselamatan kebakaran, dan pemeriksaan susulan mendapati tujuh notis sudahpun dipatuhi, manakala satu lagi yang membabitkan sebuah pusat tahfiz di Sibu, masih dalam tindakan.

Beliau berkata pihaknya kini berusaha untuk mengembangkan lagi pemeriksaan keselamatan kepada pusat-pusat jagaan lain seperti pusat jagaan orang tua, pusat jagaan anak-anak yatim dan pusat pembelajaran agama.

Menurutnya JBPM Sarawak dijangka selesai melaksanakan pemeriksaan inventori di pusat-pusat berkenan menjelang April bagi mengenal pasti jumlah sebenar pusat tahfiz dan pusat-pusat jagaan lain yang terdapat di Sarawak.

“Kita (JBPM) seboleh-bolehnya tidak mahu lagi melihat insiden yang mengorbankan banyak nyawa, justeru tindakan yang tegas terhadap pusat-pusat yang kita nyatakan tadi perlu diambil agar isu dan permasalahan ini tidak berterusan,” katanya dalam persidangan media selepas Majlis Perbarisan Tahunan 2018 JBPM Sarawak di Ibu Pejabat JBPM negeri di sini, hari ini.

Hisham berkata 7,373 kes kebakaran dilaporkan di Sarawak sepanjang tahun lepas yang membabitkan 5,080 kebakaran struktur, dan 2,293 kebakaran kenderaan, melibatkan kerugian kira-kira RM88 juta. – BERNAMA

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Menteri Pendidikan Fadhlina Pertahan Keputusan Ubah Had IPU Penutupan Sekolah

Menteri Pendidikan Fadhlina Pertahan Keputusan Ubah Had IPU Penutupan Sekolah

15/10/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek mempertahankan keputusan Kementerian Pendidikan (KPM) menetapkan semula penutupan sekolah apabila Indeks...

Lembaga Adat Luak Jelebu Pertikai Kesahihan Pelantikan Undang Ke-17

Lembaga Adat Luak Jelebu Pertikai Kesahihan Pelantikan Undang Ke-17

15/10/2026
0

JELEBU - Lembaga Adat Luak Jelebu mempertikaikan kesahihan proses pemilihan, pelantikan dan istiadat Menzahirkan Kejadian Undang Luak Jelebu ke-17 di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd