• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rakyat Perlu Pilih Parti Yang Kuat, Berpengalaman

oleh Ahmad Albab
23/01/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAWAU – Rakyat perlu memilih parti yang mampu membentuk kerajaan kuat dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14) bagi memastikan ekonomi negara kekal kukuh serta menjana lebih banyak peluang pekerjaan kepada generasi akan datang.

Timbalan Menteri Kesihatan merangkap anggota Parlimen Balik Pulau, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahya berkata kerajaan berpengalaman dan kukuh dapat memastikan program pembangunan dilaksanakan sebaik mungkin termasuk kemajuan di Sabah dan Sarawak.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Balik Pulau berkata demikian ketika berucap menyempurnakan majlis ramah mesranya bersama ahli lembaga pelawat hospital dan panel klinik kesihatan zon pantai timur Sabah di sini.

Dr. Hilmi berkata Sabah terus membangun di bawah kepimpinan perdana menteri dengan terbaru Klinik Kesihatan Nabawan bernilai RM28.8 juta telah siap dibina dan beroperasi sejak 2016 yang memberi manfaat kepada lebih 36,000 penduduk di sekitar Nabawan termasuk Pagalungan dan Pensiangan.

Justeru, beliau berkata rakyat jangan terpengaruh dengan dakyah pembangkang, sehingga cuba menjatuhkan kerajaan dengan cara memfitnah.

Pada majlis itu, Kementerian Kesihatan mengagihkan peruntukan berjumlah RM690,000 kepada tujuh lembaga pelawat hospital dan 124 panel penasihat klinik kesihatan bagi zon pantai timur Sabah.

Dr. Hilmi ketika ditemui pemberita mahu ahli lembaga pelawat di hospital-hospital di negeri ini memperluaskan peranan dengan tidak hanya mengehadkan kepada tugas menyelaras program lawatan ke hospital sebaliknya turut menyebarkan maklumat kesihatan kepada masyarakat selain menjadi penghubung kepada masyarakat dan warga kesihatan.

Di Sabah terdapat 269 lembaga pelawat hospital manakala 856 panel penasihat klinik kesihatan. – BERNAMA

Tags: rakyat Malaysia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Cawangan Di Kawasan Majoriti Melayu Bukti DAP Bukan Parti Perkauman – Poay Tiong

Cawangan Di Kawasan Majoriti Melayu Bukti DAP Bukan Parti Perkauman – Poay Tiong

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi DAP Melaka, Khoo Poay Tiong mendakwa penubuhan cawangan parti itu di kawasan majoriti pengundi Melayu membuktikan...

DAP Berkembang Menjadi Sebuah Gerakan Politik Matang, Mewakili Aspirasi Semua Rakyat Malaysia – Nga Kor Ming

DAP Berkembang Menjadi Sebuah Gerakan Politik Matang, Mewakili Aspirasi Semua Rakyat Malaysia – Nga Kor Ming

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Nga Kor Ming menyeru semua ahli parti agar terus teguh dengan komitmen kepada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd