• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Enggan Layan Polemik Siapa Wajar Jadi PM

oleh Ahmad Albab
21/01/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TEMERLOH – Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata parti itu lebih mengutamakan hak rakyat dan menyelesaikan masalah mereka dan bukan soal siapa yang layak menjadi perdana menteri.

Tuan Ibrahim menegaskan demikian ketika diminta mengulas persoalan yang dibangkitkan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM ) Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung calon perdana menteri pilihan PAS.

Menurut Tuan Ibrahim, isu berkenaan tidak perlu diperbesarkan kerana rakyat sendiri telah muak dengan soal perebutan jawatan yang berlaku dalam kalangan pakatan pembangkang termasuk PKR, DAP dan Parti Amanah Negara.

“Allah akan beri kekuasaan kepada sesiapa yang dikehendakiNYA, kadangkala kita calon orang ini, ia belum tentu akan jadi (pemimpin)…mungkin sampai ajal dan sebagainya.

Apabila sampai waktu kita akan lihat…kita mempunyai tokoh yang jelas, jadi tak perlulah perbesarkan isu ini sehingga timbul polemik politik,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Fastaqim 2.3 Himpunan 12,000 Jentera PAS Pahang di Kompleks Al Makmur, Kerdau di sini malam tadi.

Turut hadir termasuk Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin.

Selasa lepas, Dr. Mahathir mempersoalkan pendirian PAS sama ada menyokong beliau sebagai calon perdana menteri atau Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut Dr. Mahathir perkara itu penting untuk dinyatakan kerana ia akan menggambarkan sama ada parti itu boleh menang atau tidak dan sama ada calon mereka akan mendapat sokongan dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Sebelum itu, Hadi dalam ceramahnya pada himpunan itu, turut menyatakan soal siapa yang menjadi ketua atau perdana menteri adalah ketentuan Allah.

“Kita bukan mahu berebut jadi pemimpin…tetapi mahu Islam memimpin, menyelamatkan negara, menyelamatkan umat manusia, ini matlamat utama perjuangan kita,” katanya.

Sementara itu mengulas mengenai tentang persiapan PRU14, Hashim pula berkata kesemua jentera parti itu telah bersiap sedia termasuk tentang soal calon.

“Majlis Syura dah pun menapis nama-nama calon termasuk soal kelayakannya…saya rasa dah selesailah. Sekarang ini kita pulangkan balik (senarai nama) kepada negeri untuk ditentukan kelayakannya, tetapi calon peringkat Parlimen, Majlis Syura akan putuskan,” katanya.

Mengenai persiapan PAS Pahang menghadapi PRU14, Pesuruhjayanya Rosli Jabar berkata usaha untuk memastikan rakyat dapat memiliki rumah sendiri adalah antara tawaran yang dikemukakan parti itu dalam manifesto mereka.

Selain itu, wanita kelahiran Pahang atau yang bermastautin di sini bagi tempoh tertentu, yang melahirkan anak akan menerima ganjaran dalam bentuk wang tunai atau barangan manakala anak yang lahir pula akan mendapat sumbangan wang tunai RM100 dalam bentuk simpanan.

Bagi golongan miskin, PAS Pahang menawarkan pemberian barangan keperluan asas seperti beras, tepung dan gula secara percuma setiap bulan manakala golongan belia ditawarkan bantuan untuk membangunkan tanah terbiar.

“Kami menyedari golongan muda turut terbeban dengan kos perkahwinan yang semakin meningkat dan PAS Pahang sedia menganjurkan program walimah perdana iaitu perkahwinan beramai-ramai kepada semua, termasuk kepada bukan Islam,” katanya pada rakaman video sempena program itu.

Sehubungan itu, Rosli yang juga anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Lumpur berharap rakyat Pahang akan melakukan gelombang perubahan bagi membuktikan PAS bukan parti terpinggir di Pahang. – BERNAMA

Tags: PASpemimpin
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Lebih 300 Penduduk Di Kluang Dipindahkan

Next Post

UMNO Perlis Giat Turun Padang Selesai Masalah

Related Posts

‘PN Sedia Berdepan 3 Atau 4 Penjuru Pada PRK Ayer Kuning’

‘PN Sedia Berdepan 3 Atau 4 Penjuru Pada PRK Ayer Kuning’

10/04/2025
0

KOTA BHARU: Perikatan Nasional (PN) bersedia berdepan pertembungan tiga atau empat penjuru pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri...

PAS Selar Tindakan Biadab Acara Larian Berpakaian Tidak Senonoh

PAS Selar Tindakan Biadab Acara Larian Berpakaian Tidak Senonoh

06/10/2024
0

SHAH ALAM - Pas menyelar acara larian antarabangsa yang berpakaian tidak senonoh dan memiliki unsur lucah. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI...

Next Post

UMNO Perlis Giat Turun Padang Selesai Masalah

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd