• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kampung Bandar Jadi Pilihan Kampus UITM Baling

oleh AK-47
19/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BALING – Tanah seluas 65.2 hektar di Kampung Bandar di Mukim Siong, kira-kira sembilan kilometer dari sini, telah dikenal pasti sebagai tapak pembinaan kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) Baling, kata Anggota Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

Katanya, faktor pemilihan tapak tersebut disebabkan lokasi yang strategik dengan kemudahan utiliti dan nilai tanahnya yang bersesuaian.

“Ada empat lokasi menjadi pilihan dan akhirnya Kampung Bandar dipilih… bagaimanapun keputusan dan dokumentasi mengenai lawatan akhir ke tapak cadangan itu akan diketahui dalam tempoh dua minggu lagi,” katanya kepada pemberita selepas melawat tapak cadangan tersebut hari ini.

Hadir sama Setiausaha Bahagian Pembangunan, Kementerian Pendidikan Tinggi, Zulkifli Alias dan Pegawai Daerah Baling, Datuk Md Shuhaime Abdul Rahman.

Pada Mei 2013, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembinaan tiga lagi kampus baharu UiTM di utara Semenanjung iaitu di Lumut, Perak; Balik Pulau, Pulau Pinang, dan Baling, Kedah. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Azeez Nafi TH Langgar Akta Dalam Pemberian Hibah

11/12/2018
0

KUALA LUMPUR - Bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim menafikan dakwaan bahawa pengurusan TH...

Rasuah: Reman Azeez, Abangnya Disambung 6 Hari

29/09/2018
0

PUTRAJAYA - Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini melanjutkan tempoh tahanan reman terhadap Anggota Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd