• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Segerakan Roboh Pondok Tol Batu 3, Sungai Rasau

oleh Ahmad Albab
18/01/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof meminta PLUS Malaysia Bhd. (PLUS) supaya segera merobohkan pondok tol di Plaza Tol Batu Tiga dan Plaza Tol Sungai Rasau di sini, yang dimansuhkan kutipannya sejak 1 Januari lalu, bagi menjamin keselamatan pengguna Lebuhraya Persekutuan.

Katanya, beliau telah dimaklumkan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) bahawa PLUS, yang merupakan bekas pengendali kedua-dua plaza tol berkenaan, sudah mengeluarkan tender untuk kontraktor menjalankan kerja-kerja perobohan.

“Tol berkenaan memang akan dirobohkan selepas kutipannya dimansuhkan. Bila (kerja perobohan) dimulakan itu kita minta PLUS segerakan supaya tiada lagi kekeliruan dan pengguna lebuh raya tidak akan memperlahankan kenderaan di situ. Kadang-kadang memperlahankan kenderaan boleh menyebabkan kemalangan.

“Sebab itu memang kita minta (robohkan) secepat mungkin tetapi mereka (PLUS) pun ada prosedur yang perlu dipatuhi, dari segi proses tender …apapun kita harapkan mereka akan dapat segerakan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan Pusat Penempatan Pekerja Binaan yang disediakan oleh Construction Labour Exchange Centre Bhd. (CLAB) di sini hari ini.

Bernama sebelum ini melaporkan mengenai tuntutan beberapa pengguna lebuh raya berkenaan supaya pondok tol di kedua-dua plaza tol tersebut dirobohkan bagi mengelakkan berlakunya kemalangan.

​​​​​​​Ini berikutan terdapat ramai pemandu kenderaan memperlahankan kenderaan secara tiba-tiba apabila tiba di pondok tol berkenaan kerana laluannya yang sempit.

Kebimbangan itu berasas apabila pondok tol di Plaza Tol Batu Tiga telah meragut nyawa dua sahabat pada Isnin lepas, apabila kereta yang dinaiki mereka bersama seorang lagi rakan hilang kawalan, lalu merempuh pondok tol itu.

Kutipan tol di kedua-dua plaza berkenaan bermula pada 15 November 1993 dan ditamatkan 20 tahun lebih awal daripada tempoh yang ditetapkan dalam perjanjian konsesi Lebuhraya Utara-Selatan.

Pemansuhan kutipan tol itu selaras dengan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa pembentangan Bajet 2018 pada 27 Oktober lepas, sebagai bukti keprihatinan kerajaan dalam mengurangkan kos sara hidup dan meningkatkan kualiti hidup rakyat.

Selain kedua-dua tol tersebut, pemansuhan kutipan turut melibatkan kutipan tol di Plaza Tol Bukit Kayu Hitam, Kedah dan Lebuh Raya Penyuraian Johor Timur (EDL), Johor berkuat kuasa 1 Januari lepas. – BERNAMA

Tags: Tol
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Mungkin Maksudkan Pemimpin PH, Sombong Tak Fikir Orang Bawah Nak Harga Barang Turun – Shahrol Shiro

PMX Mungkin Maksudkan Pemimpin PH, Sombong Tak Fikir Orang Bawah Nak Harga Barang Turun – Shahrol Shiro

18/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Pelakon Shahrol Shiro tampil dengan kenyataan sinis berhubung ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa rakyat...

Tiada Kenaikan Tol 10 Konsesi Lebuh Raya – Fahmi

Tiada Kenaikan Tol 10 Konsesi Lebuh Raya – Fahmi

18/12/2025
0

Kuala Lumpur: Mesyuarat Jemaah Menteri semalam telah memutuskan tiada kenaikan tol bagi 10 konsesi lebuh raya untuk 2026, kata Menteri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd