• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Tempatan Seludup Barang Kawalan Ditahan

oleh Ahmad Albab
18/01/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAWAU – Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau menahan seorang lelaki tempatan di Jeti Sri Diamond Logpond Sungai Tanjung Batu di sini, selepas cuba menyeludup keluar barangan kawalan bernilai RM13,292 ke negara jiran, petang semalam.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah ACP Mohd Yazib Abd Aziz berkata penahanan lelaki berumur 46 tahun itu dibuat selepas Unit Risikan Marin menerima maklumat mengenainya pada 4.30 petang dan seterusnya melakukan pemeriksaan ke atas sebuah bot jongkong.

“Hasil pemeriksaan menemukan kira-kira 3624 kilogram gula pasir jenama Prai (RM10,872), 20 kotak minyak masak (RM1,020) serta tujuh tong gas memasak (RM1,400) yang tersimpan di bawah longgokan barang runcit,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Mohd Yazib berkata bot jongkong dan juragan terlibat kemudiannya diiring ke Pangkalan PPM Tawau dan kes diserahkan kepada Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan untuk disiasat. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Ah Tiong Dah Sampai!” – PH Teruja Ketibaan King Sing Di Negeri Sembilan

“Ah Tiong Dah Sampai!” – PH Teruja Ketibaan King Sing Di Negeri Sembilan

24/07/2026
0

SEREMBAN - Kehadiran Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing di Negeri Sembilan memberi suntikan baharu kepada...

Inilah Ikhtiar BN Kembalikan Negeri Sembilan Ke Landasan Yang Betul – Jalaluddin

Inilah Ikhtiar BN Kembalikan Negeri Sembilan Ke Landasan Yang Betul – Jalaluddin

24/07/2026
0

SEREMBAN – Barisan Nasional (BN) melangkah ke gelanggang Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan pada 1 Ogos ini dengan tekad...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd