• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Sindiket Besar Curi Kenderaan Di Malaysia

oleh AK-47
17/01/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGKOK – Penangkapan Robin Hai atau Nyo Ah Hai, dalang utama kepada sindiket curi kenderaan dengan operasi merentasi sempadan beberapa negara di rantau ini telah memberikan kesan mendalam terhadap jenayah curi kenderaan di Malaysia.

Menurut Ketua Penolong Pengarah D4 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Diraja Malaysia Datuk Khairuldin Saad berkata, jenayah curi kenderaan di Malaysia kini hanya dilakukan oleh kumpulan ‘’samseng” secara kecil-kecilan.

“Tiada sindiket besar (yang terlibat dalam jenayah curi kenderaan di Malaysia). Selepas penangkapan Robin Hai, jenayah curi kenderaan semakin berkurangan dan statistik (jenayah terbabit) juga menurun,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Penurunan indeks jenayah curi kenderaan di Malaysia turut diperakui oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

Selama beberapa tahun, Robin Hai yang memiliki alamat di Pulau Pinang diburu oleh Polis Malaysia, Indonesia dan Singapura, tetapi akhirnya beliau berjaya ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi oleh pihak berkuasa republik Singapura pada Mei 2014.

Menurut laporan media Singapura, beliau dijatuhi hukuman penjara selama tujuh tahun enam bulan oleh mahkamah Singapura pada akhir Jun 2015 selepas mengakui penglibatannya dengan sindiket curi kenderaan.

Sejak 2008 hingga 2013 sindiket diketuai oleh Robin itu mencuri sebanyak 176 kereta bernilai RM19 juta.

Khairuldin menganggarkan kira-kira 25 kenderaan dicuri di seluruh negara setiap hari ketika ini berbanding 60 buah kenderaan dicuri secara purata sehari beberapa tahun sebelum ini, yang membuktikan kejayaan polis dalam membanteras jenayah itu.

Polis menurutnya kini menumpukan kepada usaha untuk terus membanteras saki-baki mereka yang terlibat dalam jenayah curi kenderaan dengan menumpukan kepada usaha-usaha pendakwaan di mahkamah.

“Kita mahu memastikan mereka didakwa di mahkamah. Itu yang kita mahu, seboleh-bolehnya kita mahu mereka didakwa di mahkamah,” katanya dan menambah, polis juga menggunakan Akta Pencegahan Jenayah (POCA) terutamanya bagi kes-kes yang kekurangan bukti.

Menurutnya, walaupun berusaha bersungguh-sungguh untuk membanteras jenayah curi kenderaan, polis tetap berhadapan dengan cabaran terutama daripada mereka yang sentiasa mencari jalan untuk mengabui jenayah daripada pihak berkuasa.

“Ia bukanlah sesuatu yang mudah (banteras jenayah curi kenderaan),” katanya.

Beliau memberi contoh bagaimana individu yang bertanggungjawab mencuri kenderaan dan individu yang mengambil kenderaan curi terbabit untuk dihantar ke destinasi tertentu adalah dua individu berlainan.

Ia untuk memastikan sekiranya seorang daripada individu itu ditangkap, mereka tidak akan menjejaskan keseluruhan operasi curi kenderaan itu, katanya dan menambah, bayaran kepada pencuri kenderaan juga dilakukan menerusi mesin ATM bagi memastikan beliau tidak mengenali identiti pembayarnya.

“Mereka tidak mengenali antara satu sama lain,” kata Khairuldin. – BERNAMA

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Presiden FIFA Bodoh – Cuba Paksa Wakil Palestin Bersalaman Dengan Wakil Israel

Presiden FIFA Bodoh – Cuba Paksa Wakil Palestin Bersalaman Dengan Wakil Israel

02/05/2026
0

Oleh Mynewshub  ZURICH – Tindakan Presiden Gianni Infantino mencetuskan kontroversi selepas beliau didakwa cuba memaksa wakil Palestin bersalaman dan berdiri...

‘Polisi Moral Tidak Membayar Bil, Sebaliknya Hasil Pelancongan Dan Ekonomi’ – MP DAP

‘Polisi Moral Tidak Membayar Bil, Sebaliknya Hasil Pelancongan Dan Ekonomi’ – MP DAP

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Polisi moral tidak membayar bil, sebaliknya hasil pelancongan dan ekonomi yang berkembang pesat membayarnya. Demikian mesej Ahli...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd