• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Alami Fenomena Gerhana Bulan Penuh

oleh AK-47
18/01/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Fenomena Gerhana Bulan Penuh akan berlaku di Timur Eropah, Timur Afrika, Australia, Amerika Utara dan Asia pada 31 Januari ini.

Agensi Angkasa Negara (Angkasa) dalam satu kenyataan media berkata, fenomena Gerhana Bulan Penuh tersebut akan turut berlaku di Malaysia

Menurut angkasa, fenomena itu akan berlangsung selama lima jam 17 minit bermula pukul 6:51 petang hingga 12:08 tengah malam.

“Ini bermakna gerhana sedang berlaku ketika Bulan terbit di ufuk Timur (kecuali Sabah dan Sarawak – gerhana bermula selepas Bulan terbit).

“Fasa gerhana penuh maksima pada pukul 9:29 malam dan keseluruhan gerhana akan berakhir pada pukul 12:08 tengah malam iaitu pada 1 Februari 2018,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut Angkasa, fenomena Gerhana Bulan Penuh berlaku apabila Matahari, Bumi, dan Bulan berada di kedudukan sebaris dan keseluruhan Bulan merentasi bayangan umbra Bumi.

Jelas Angkasa, Bulan perlahan-lahan akan bertukar daripada warna putih mutiara yang biasa dilihat kepada warna kemerahan dan kembali ke warna asal sepanjang tempoh lima jam.

Kata Angkasa, warna kemerahan yang akan dapat dilihat berbeza daripada gerhana bulan penuh lain bergantung kepada beberapa faktor termasuk keadaan atmosfera.

Tambah Angkasa, ketika hampir berlaku gerhana pada 31 Januari 2018, Bulan baru melepasi kedudukan perigee iaitu pada 30 Januari 2018 dengan jarak 358,993 kilometer dari Bumi.

Ujar Angkasa, ia sekaligus menjadikan gerhana kali ini ‘Gerhana Supermoon’ (antara takrifan ‘Supermoon’ apabila bulan berada pada jarak kurang daripada 360,000 kilometer dari Bumi).

“Tiada peralatan tertentu yang diperlukan untuk menikmati fenomena ini. Paling utama adalah keadaan cuaca di tempat masing-masing semasa ia berlaku.

“Namun, penggunaan teleskop dan binokular akan dapat membantu untuk melihat dengan lebih jelas,” kata Angkasa.

Sehubungan itu, kata Angkasa, Observatori Negara Langkawi akan mengadakan aktiviti pencerapan untuk orang awam menyaksikan fenomena itu.

Beberapa buah teleskop mudah alih akan disediakan kepada pengunjung yang hadir dan penyertaan adalah percuma.

Lokasi-lokasi lain yang boleh dikujungi oleh orang ramai untuk aktiviti pencerapan adalah seperti berikut:

a) Planetarium Negara, Kuala Lumpur
c) Balai Cerap Teluk Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan
d) Balai Cerap Selangor, Sungai Lang Parit Baru, Sungai Ayer Tawar, Selangor
e) Balai Ceral Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara, Melaka
f) Pantai Tok Jembal, Terengganu (anjuran Balai Cerap Kusza)
g) Menara Tun Mustapha, Kota Kinabalu, Sabah (Sabah Stargazers Observatory)
h) Balai Cerap Kota Bharu, Kampung Kubang Rawa, Salor, Kelantan

– MYNEWSHUB.CC

Tags: Gerhana Bulan Penuhsupermoon
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Masjid, Surau Disaran Adakan Solat Sunat, Khutbah Gerhana

26/05/2021
0

PUTRAJAYA - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menyarankan semua masjid, surau Jumaat serta surau di Wilayah Persekutuan mengadakan solat...

Pengunjung Saksi Gerhana Bulan Penuh Paling Lama Abad Ini

28/07/2018
0

PORT DICKSON - Cuaca baik memberi peluang keemasan kepada orang ramai yang hadir ke Balai Cerap Teluk Kemang menyaksikan fenomena...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd