• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahfuz Tuduh Presiden PAS Mahu Jual Undi

oleh AK-47
16/01/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

“PAS rupa-rupanya sekadar berhasrat menjadi ‘oportunis politik’, maka PAS dan Gagasan Sejahtera tidaklah layak dipanggil alternatif atau ‘third force’ untuk rakyat,” kata Datuk Mahfuz Omar.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ujarnya menyatakan PAS hanya menyasarkan 40 kerusi untuk menang pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 yang akan dijadikan alat ‘tawar menawar’ dengan mana-mana koalisi politik.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena membayangkan kenyataan Presiden PAS itu merupakan pengakuan PAS bakal ‘menjual undi’ yang dimenanginya dalam PRU14.

“PAS kini mengakui secara terbuka tidak berhasrat menang dan membentuk kerajaan berteraskan Islam sebagaimana digembar-gemburkan ‘penyokong taksub PAS’ di media sosial mahupun di kedai kop,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mahfuz berkata, beliau percaya PAS bagaimanapun tidak akan berunding dan menyokong Pakatan Harapan untuk membentuk kerajaan baru selepas PRU14 kerana parti itu pasti tidak bersedia untuk ‘menjilat’ ludah sendiri.

Kata beliau, PAS telah memutuskan hubungan dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP yang dianggap menentang agenda Islam PAS, menolak Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang di anggap penyangak dan Parti Amanah Negara (PAN) pula pengkhianat.

“Walaupun saya telah meninggalkan parti tetapi saya tetap sayangkan ahli PAS. Saya tak sanggup melihat mereka terus diperdaya dan akhirnya undi mereka dijual. Jangan jual mereka Tok Guru,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Mahfuz OmarPAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

22/04/2026
0

SHAH ALAM – Kenyataan media terbaharu daripada PAS Selangor mencetuskan perhatian apabila parti itu secara terbuka menggesa kerajaan negeri mengakui...

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen PAS Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari berpandangan cadangan memotong elaun petrol Ahli Parlimen tidak memberikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd