• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Maut Dirempuh Kereta Cuba Elak Kucing

oleh Ahmad Albab
16/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Seorang pengawal keselamatan yang juga orang kelainan upaya (OKU) maut selepas motosikalnya dirempuh sebuah kereta yang dipercayai cuba mengelak kucing melintas.

Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Zundin Mahmood berkata kejadian pada 6.35 petang semalam, di Kilometer 1, Jalan Temerloh-Gunung Senyum, Kuala Krau Temerloh itu menyebabkan mangsa Awang Zaki Ali, 50, yang cacat pendengaran maut serta-merta.

Anaknya Nur Farrah Wahida, 18, juga OKU pekak dan bisu yang membonceng motosikal itu, patah kaki dan kini dirawat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh.

“Kejadian dipercayai berlaku apabila sebuah kereta Perodua Myvi yang dipandu seorang wanita berusia 26 tahun cuba mengelak daripada melanggar seekor kucing yang melintas.

“Pemandu kereta telah memasuki laluan bertentangan, menyebabkan keretanya bertembung dengan motosikal yang dinaiki dua beranak itu secara berdepan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Zundin menambah semasa kejadian, dua beranak yang beralamat di Kampung Bangau Parit, Seberang Temerloh itu tidak memakai topi keledar.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BERNAMA

Tags: kucingmaut
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bahana Jalan Berlubang  – Anggota Trafik Maut

Bahana Jalan Berlubang – Anggota Trafik Maut

06/03/2026
0

KUALA BERANG – Seorang anggota trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu maut selepas motosikal yang dinaikinya terbabas...

Budak 11 Tahun Maut, 2 Adik Kritikal Diberi Minum Metadon Oleh Ibu

Budak 11 Tahun Maut, 2 Adik Kritikal Diberi Minum Metadon Oleh Ibu

11/02/2026
0

KAJANG: Seorang kanak-kanak lelaki maut, manakala dua adiknya kritikal selepas dipercayai diberi minum Metadon oleh ibu kandung mereka sendiri, pagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd